Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gau.lan] | ڤرݢاءولن

Definisi : perihal bergaul, percampuran (persahabatan dll): ~nya di sekolah disukai oleh guru besar; ~ hidup perihal hidup bergaul, kemasyarakatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gau.lan] | ڤرݢاءولن

Definisi : hal bercampur atau bergaul dgn orang lain; percampuran: Umumnya, wanita pandai mencari persesuaian dlm ~ sehari-hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pergaulan

Peribahasa

Adat bersendi syarak,
     syarak bersendi kitabullah.

Bermaksud :

Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. kitabullah = Quran.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERKAHWINAN MELAYU-COCOS

ADAT PERKAHWINAN MELAYU-COCOS, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Cocos di Pulau Cocos, Australia. Di kalangan masyarakat ini, anak-anak muda diberi kebebasan mencari pasangan hidup sendiri dan kemudian barulah meminta persetujuan daripada ibu bapanya. Umur bagi anak perempuan berkahwin ialah 17 tahun ke atas dan bagi lelaki 21 tahun atau lebih. Pada masa dulu, pergaulan antara anak-anak muda tidaklah begitu bebas. Kesempatan mencari jodoh ialah pada waktu bulan terang. Anak-anak gadis berkumpul di hadapan rumah mereka meraut lidi daun kelapa untuk dibuat penyapu. Para pemuda mencari peluang untuk berkenalan pada waktu itu dan apabila mencapai persetujuan untuk mendirikan rumah tangga, hal itu disampaikan kepada ibu bapa masing-masing.

 

BUDAYAKonsep
USNO

USNO, parti politik.  USNO ialah singkatan United Sabah National Organisation.  Parti ini ditubuhkan pada 23 Disember 1961 hasil gabungan beberapa persatuan di Sabah.  Antara persatuan yang bergabung membentuk USNO ialah Persatuan Islam Sabah (PIS), Persatuan Islam Putatan (PIP) dan Pergaulan Anak Negeri Sandakan.  Kemunculan USNO adalah hasil daya usaha Datu Mustapha Datu Harun dan pemimpin-pemimpin Islam Sabah.  Antara pengasasnya ialah Dato’ Haji Zakaria Gun, Dato’ Ahmad Mahmud, Haji Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Dato’ Haji Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Dato’ Othman Haji Sidik dan Datu K.M. Edinin.  Semenjak penubuhannya USNO diterajui oleh Datu Mustapha.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SIMPOSIUM DIALEK MELAYU

SIMPOSIUM DIALEK MELAYU, simposium tentang dialek atau bahasa daerah.  Simposium ini diadakan pada 2 hingga 3 Disember 1981, anjuran Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Persatuan Linguistik Malaysia.  Simposium ini diberi tajuk Simposium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan dan bertemakan Ke Arah Mengenal Dialek dan Fungsinya.  Tema tersebut menjadi pilihan pihak penganjur kerana dialek atau bahasa daerah adalah penting dan tidak dapat sama sekali dipisahkan daripada kehidupan dan pergaulan sehari-hari masyarakat Melayu.

BAHASAKegiatan
SHAFI‘I, AL-

Shafi‘i, al- (150–204 H./767–820 M.), pengasas

mazhab Syafi’i. Nama penuhnya ialah Muhammad

ibn Idris ibn al-‘Abbas ibn ‘Uthman ibn Shafi‘i al-

Quraisy ibn ‘Abd al-Muttalib ibn ‘Abd al-Manaf. Dia

juga dikenali juga sebagai Imam Syafi’i. Dia

dinisbahkan kepada Shafi‘i hingga dikenali sebagai

al-Shafi‘i. Ada juga yang menasabkannya kepada

‘Abd al-Muttalibiy dan dikenali sebagai al-Muttalibiy.

Terdapat pula pendapat yang menasabkan al-Shafi‘i

kepada Makkah, tanah kelahiran bapa, datuk dan

neneknya lalu dikenali sebagai al-Makkiy. Namun,

gelaran yang pertama, al-Shafi‘i lebih terkenal. Al-

Shafi‘i lahir di bandar Gaza di Palestin. Bapanya, Idris

berpindah ke sana meninggalkan Makkah semata-

mata untuk melihatnya. Namun bapanya meninggal

dunia semasa ibunya sedang hamil. Selepas ibunya

melahirkannya dan menetap selama dua tahun di

Gaza, mereka berpindah ke Makkah. Di Makkah, al-

Shafi‘i menghafal al-Qur’an semasa berusia tujuh

tahun dan menghafaz kitab al-Muwatta’ ketika

berusia 10 tahun. Dia sering bergaul dengan kabilah

Huzayl, iaitu antara kabilah Arab yang terbaik dari

segi kefasihan bahasanya dan dia banyak mendapat

manfaat daripada pergaulan ini dengan menghafal

syair-syair serta perumpamaan Arab daripada

mereka. Al-Shafi‘i mempelajari fiqh Maliki daripada

Imam Malik sendiri. Di samping itu, dia turut

berguru dengan Sheikh Masjidilharam yang juga

muftinya, iaitu Muslim ibn Khalid al-Zanjiy yang

meninggal dunia pada tahun 180 H. dan Sufyan ibn

Uyaynah al-Hilaliy yang meninggal dunia pada tahun

198 H. serta beberapa tokoh ulama lain. Kemudian

dia berhijrah ke Yaman kerana menerima satu

jawatan yang ditawarkan oleh Mas‘ab ibn ‘Abdullah

al-Quraisy, kadi Yaman. Seterusnya dia berhijrah

pula ke Iraq pada tahun 184 H. Dia belajar daripada

ulama di Iraq dan ulama Hijaz pula mengambil ilmu

daripadanya.

UMUM 

Kembali ke atas