Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.go.la.kan]/[per.go.la/.kan] | ڤرݢولقن

Definisi : kekacauan (kekalutan, kekeruhan) dlm lapangan politik dll, huru-hara, keadaan tidak tenteram: ~ politik akibat percubaan rampasan kuasa itu makin meruncing; ~ perjuangan merasmikan bahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.go.la.kan]/[per.go.la/.kan] | ڤرݢولقن

Definisi : keadaan bergolak; keadaan tidak tenang; kekacauan dlm hal politik dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pergolakan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PETERLOO

Peterloo ialah nama suatu peristiwa pada tahun

1819. Pergolakan sosial di England menyebabkan

orang ramai menuntut pembaharuan di parlimen.

UMUM 
MFECANE

Mfecane, juga dikenali sebagai Difagane, ialah

satu tempoh pergolakan yang menyebabkan

penghijrahan beramai-ramai di kalangan ketua

suku kaum Afrika di selatan Afrika antara tahun

1819 hingga tahun 1838. Beberapa siri serbuan

dan serangan yang dilakukan atas pelbagai alasan

oleh kumpulan yang berlainan semasa peristiwa

Mfecane telah menyebabkan kemusnahan yang

teruk terhadap nyawa dan harta benda. Peristiwa

ini juga menyebabkan berlakunya penyebaran

semula penduduk secara besar-besaran di

samping perubahan terhadap struktur sosial.

UMUM 
KOESTLER, ARTHUR

Koestler, Arthur (1905–1983) ialah penulis novel

dan esei British kelahiran Hungary. Kehidupan dan

karya-karyanya menyerlahkan segala pergolakan

politik pada tahun1900-an.

UMUM 
MURDOCH, DAME IRIS

Murdoch, Dame Iris (1919–1999), novelis

British yang terkenal dengan novel-novel falsafah.

Watak dalam semua novelnya menghadapi

kemelut moral yang hebat dalam mengejar erti

cinta sejati dan kebebasan; serta sering terlibat

dalam pergolakan cinta yang kompleks. Ada

pengkritik mengatakan bahawa watak dalam novel

Murdoch merupakan patung bagi membayangkan

idea-idea falsafahnya. Sebaliknya, ada juga yang

memuji khayalan fiksyennya kerana kebijaksanaan

dan pandangan falsafah yang terkandung dalam

novelnya.

UMUM 
ANGKATAN 66

ANGKATAN 66,  persatuan penulis Indonesia.  Angkatan 66 lahir daripada pergolakan politik dalam masyarakat Indonesia.  Kelahirannya merupakan suatu peristiwa politik iaitu peristiwa yang disebut G 30S (Gerkaan 30 September).  Di samping ukuran politik, angkatan ini juga terkenal dari segi sastera.

SASTERAKonsep
GELANGGANG

GELANGGANG, persatuan seniman Indonesia. Persatuan ini ditubuhkan pada 19 November 1946, atas gagasan Chairil Anwar dengan beberapa orang intelektual Indonesia, iaitu Asrul Sani, Rivai Apin, M.Akhbar Djuhana, Mochtar Apin, Baharuddin dan Henk Ngantung. Gagasan Gelanggang iaitu “Generasi Gelanggang lahir daripada pergolakan roh dan fikiran kita, yang sedang menciptakan manusia Indonesia yang hidup. Generasi yang harus mempertanggungjawabkan dengan sesungguhnya penjadian daripada bangsa itu. Bahawa kita ingin melepaskan diri kita daripada susunan lama yang telah mengakibatkan masyarakat yang lapuk, dan kita berani menentang pandangan, sifat dan anasir lama ini untuk menjalankan bara kekuatan baru”.

SASTERAInstitusi/Organisasi
PERSATUAN MELAYU SEMENANJUNG

PERSATUAN MELAYU SEMENANJUNG, persatuan orang Melayu.  Persatuan ini juga dikenal sebagai Kesatuan Melayu Semenanjung.  Persatuan ini telah ditubuhkan pada 17 Disember 1949 di Kuala Lumpur. Pemimpinnya ialah Hashim Ghani, bekas ahli Singapore Progressive Party.  Persatuan ini ingin menjadi satu pilihan kepada orang Melayu yang sedang menghadapi pergolakan dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
SHAHNON AHMAD, DATO’

Shahnon Ahmad, Dato’ (1933– ) ialah penulis,

pengkritik sastera, dan ahli politik. Dia merupakan

penerima Anugerah Sasterawan Negara yang

kedua (1982). Shahnon juga merupakan pelopor

penerapan konsep Islam dalam kesusasteraan

Melayu. Novel Shahnon yang terkenal, Ranjau

Sepanjang Jalan (1969) mengisahkan kemiskinan

keluarga petani di Banggul Derdap, Sik, Kedah

yang diwakili oleh Lahuma bersama-sama isteri, Jeha,

serta anak-anaknya. Novel ini diterjemahkan ke

dalam bahasa Inggeris, Jepun, Sweden, Rusia,

Iceland, Belanda, dan Denmark. Di samping itu,

novelnya yang berunsur Islam seperti al-Shiqaq

(1986), Umi dan Abang Syeikul (1988), dan Tuk Guru

(1988) menampilkan suatu pendekatan baharu dalam

menyampaikan kesedaran beragama dan

pelaksanaannya. Shahnon juga menghasilkan

novel-novel yang berkaitan dengan fenomena

politik semasa yang berlaku di tanah air seperti

tergambar dalam novelnya Menteri (1967), Perdana

(1969), Tunggul Gerigis (1988), Patriarch (1991),

Sutan Baginda (1990), dan Shit (novel satira, 1999).

Shahnon juga menghasilkan novel-novel yang

berkaitan dengan pergolakan sosial dan kejatuhan

moral masyarakat kesan daripada pengaruh

pemodenan seperti terlukis dalam novelnya

Kemelut (1977) dan Tivi (1995).

UMUM 

Kembali ke atas