PERGUNUNGAN ROCKY | Pergunungan Rocky ialah sistem pergunungan terbesar di Amerika Utara. Rangkaian Pergunungan Rocky memanjang lebih 4800 kilometer merentasi Amerika Syarikat dan Kanada. Luasnya di sesetengah tempat lebih kurang 560 kilometer. Di Amerika Syarikat, Pergunungan Rocky menganjur sehingga ke New Mexico, Colorado, Utah, Wyoming, Idaho, Montana , Washington, dan Alaska. Pergunungan Rocky Kanada pula terbentang ke wilayah-wilayah Alberta dan British Columbia, dan Wilayah Barat Laut dan Wilayah Yukon. | UMUM | |
PERGUNUNGAN APPALACHIAN | Pergunungan Appalachian merupakan banjaran gunung yang kedua terbesar di Amerika Utara selepas Pergunungan Rocky. Pergunungan Appalachian menganjur lebih kurang 2500 kilometer di antara Semenanjung Gaspé di Quebec, sebuah wilayah Kanada dengan Birmingham di tengah Alabama, Amerika Syarikat. Lembah pergunungan hingga Appalachian merupakan sumber utama endapan di kawasan timur Amerika Syarikat. Pergunungan ini terbentuk di antara 435 juta dan 250 juta tahun dahulu dan merupakan gunung yang tertua di Amerika Utara. Nama Appalachian berasal daripada kaum Orang Asli Amerika, iaitu kaum Apalachee. | UMUM | |
PERGUNUNGAN GREAT SMOKY | Pergunungan Great Smoky diberi nama sedemikian kerana pergunungan itu biasanya diliputi asap kabus atau jerebu. Pergunungan ini adalah antara yang tertinggi dan paling berceranggah dalam sistem Pergunungan Appalachian di Amerika Syarikat. Great Smoky dipenuhi hutan tebal dengan lebih daripada 200 spesies pokok. Pokok ini mewujudkan suasana kabus yang amat tebal dan lembap yang kelihatan seperti asap kabus di puncak gunung. | UMUM | |
PERGUNUNGAN CARPATHIAN | Pergunungan Carpathian ialah sebahagian daripada sistem pergunungan yang utama di kawasan tengah Eropah. Pergunungan ini memanjang sehingga kira-kira 1500 kilometer di sepanjang sempadan Slovakia-Poland dan ke Romania . Kebanyakan daripadanya terletak di Slovakia dan Romania. Untuk lokasi, lihat Eropah (peta bentuk muka bumi). Aras yang paling tinggi ialah Gerlachovsky Sˇtit (2655 meter) di Gunung Tatra Slovakia dan Rysy (2499 meter) di Poland. | UMUM | |
PERGUNUNGAN WHITE | Pergunungan White merupakan sebahagian daripada sistem Pergunungan Appalachian di Amerika Utara. Ia terbentang ke arah barat daya dari Maine ke New Hampshire, Amerika Syarikat. Pergunungan White diberi nama sedemikian kerana puncaknya berwarna putih apabila diliputi salji. Pada musim bunga dan musim gugur puncak yang berwarna putih menjadi lebih mengagumkan kerana salji tidak menutupi bahagian bawah gunung ini. Untuk lokasi, lihat Pergunungan Appalachian (peta). | UMUM | |
PERGUNUNGAN ADIRONDACK | Pergunungan Adirondack adalah sekumpulan gunung yang melitupi kawasan seluas 30 000 kilometer persegi di barat laut negeri New York. Pergunungan Adirondack terletak di sebelah barat Pergunungan Appalachian. Ramai pelancong dan ahli sukan mengunjungi Pergunungan Adirondack untuk melihat hidupan liar dan menyaksikan pemandangan yang indah. Kawasan ini mempunyai kira-kira 100 puncak gunung dan hampir separuh daripadanya mencapai ketinggian melebihi 1200 meter. Gunung Marcy ialah puncak tertinggi di negeri New York. Ketinggiannya 1629 meter. Puncak Algonquin mencapai ketinggian 1558 meter. Tasik Champlain dan Tasik George adalah antara ratusan tasik yang terdapat di kawasan itu. Tasik Saranac dan Tasik Placid merupakan tempat percutian yang terkenal. | UMUM | |
PERGUNUNGAN BLUE RIDGE | > Pergunungan Blue Ridge ialah banjaran bahagian timur Sistem Pergunungan Appalachian di Amerika Syarikat Timur. Pergunungan ini menganjur dari tenggara Pennsylvania merentas Maryland , Virginia, Carolina Utara, Carolina Selatan, dan utara Georgia. Nama ini diberi bersempena dengan warna biru pada cerun berhutan yang dapat dilihat dari jarak jauh. | UMUM | |
PERGUNUNGAN SAINT ELIAS | Pergunungan Saint Elias ialah satu siri tanah yang berceranggah di pergunungan berpantai tertinggi di dunia. Pergunungan ini memanjang di sempadan Alaska, tenggara Amerika Syarikat, dan Wilayah Yukon, Kanada. Banjaran ini hampir 480 kilometer panjang. Lebar maksimumnya 160 kilometer, tidak termasuk dataran pantai dan jaluran kaki bukit. | UMUM | |
PERGUNUNGAN ANDES | Pergunungan Andes ialah rangkaian gunung di atas aras laut yang terpanjang di dunia. Pergunungan ini menganjur di sepanjang seluruh pantai barat Amerika Selatan dari Tanjung Horn ke Panama dan Venezuela bagi jarak sejauh 7200 kilometer. Hanya pergunungan Himalaya di utara India dan Tibet yang lebih tinggi daripada Pergunungan Andes. Banyak puncak Andes mencecah ketinggian melebihi 6100 meter. Ukuran keratan rentas bahagian Andes yang paling lebar adalah kira-kira 650 kilometer. Dalam bahasa Sepanyol, Andes dikenali sebagai Cordillera de los Andes , Rangkaian Pergunungan Andes. | UMUM | |
PERGUNUNGAN URAL | Pergunungan Ural menganjur kira-kira 2400 kilometer merentasi bahagian barat Rusia. Pergunungan ini menganjur ke selatan, bermula daripada Bulatan Artik hingga menghampiri sempadan Kazakhstan. Ramai ahli geografi menganggap pergunungan ini sebagai salah satu sempadan antara Eropah dan Asia. Lihat Rusia (peta rupa bumi). | UMUM | |