PERHUBUNGAN PERINDUSTRIAN | Perhubungan perindustrian adalah cara majikan dan pekerjanya berurusan antara satu sama lain. Sistem perhubungan perindustrian menetapkan tradisi atau peraturan yang mengawal proses ini. Di sesetengah negara, proses ini dikenali sebagai perhubungan buruh . | UMUM | |
PERHUBUNGAN AWAM | Perhubungan awam biasa dikenali sebagai PR (public relation), ialah satu aktiviti yang bertujuan meningkatkan komunikasi dan pemahaman antara sesebuah organisasi atau individu dengan satu atau lebih kumpulan yang dikenali khalayak umum . Istilah ini juga digunakan bagi profesion yang bertanggungjawab dalam mengendalikan tugasan sedemikian. Syarikat, institusi pendidikan, kumpulan agama, agensi kerajaan, kesatuan sekerja, ahli politik, dan penghibur, adalah di antara mereka yang menggunakan perhubungan awam. | UMUM | |
SILATURAHIM | Perhubungan persahabatan (persaudaraan). | AGAMA | Konsep |
PERKAHWINAN | Perkahwinan ialah perhubungan antara lelaki dan perempuan yang telah membuat perjanjian yang sah untuk hidup bersama-sama. Apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berkahwin, mereka menjadi suami isteri. Perkahwinan juga merupakan satu majlis keagamaan yang penting dalam kebanyakan agama di dunia. | UMUM | |
PERANAN SOSIAL | Peranan sosial ialah satu set perhubungan antara seseorang dengan orang lain atau anggota kumpulannya. Tingkah laku manusia dalam peranan sosial membolehkan wujudnya kehidupan masyarakat dan ahlinya. Sebagai contoh, individu yang berperanan sebagai seorang pesakit hospital menurut arahan doktor dan bekerjasama dengan kakitangan hospital. Hasilnya, pesakit ini mendapat makanan, ubat-ubatan, dan pelbagai layanan lain daripada segolongan individu. | UMUM | |
SONOMETER | Sonometer ialah alat yang digunakan untuk mengkaji perhubungan matematik nada dalam muzik. Sonometer yang juga dikenali sebagai monokod, mengandungi seutas tali yang diregang ketat dengan satu hujungnya dipasangkan pada roda kapi. Apabila dipetik, tali itu akan bergetar lalu mengeluarkan bunyi. Frekuensi (jumlah getaran setiap saat) nada itu bertambah jika tali dipendekkan atau diperketat. | UMUM | |
TEROWONG PELABUHAN SYDNEY | Terowong Pelabuhan Sydney , di New South Wales , Australia, ialah jalan perhubungan empat hala sepanjang 2.3 kilometer antara lebuh raya ke utara dengan selatan Pelabuhan Sydney. Projek tersebut yang dibiayai bersama oleh sebuah syarikat Australia dan sebuah syarikat Jepun, termasuk tiub bawah aras laut sepanjang 960 meter melintasi pelabuhan, yang dipasang pada lurah yang dibina di dasar laut. Tiub tersebut terdiri daripada lapan bahagian. Setiap bahagian ialah sepanjang 120 meter dan seberat 23 000 tan metrik. Terowong ini dibuka kepada lalu lintas pada bulan Ogos 1992. | UMUM | |
MEYER, JULIUS LOTHAR | Meyer, Julius Lothar (1830–1895) ialah ahli kimia Jerman yang membuktikan perhubungan antara berat atom dengan sifat sesuatu unsur. Hasil kajiannya bersama-sama dengan seorang lagi ahli kimia Rusia, Dmitri Mendeleev telah membuka jalan ke arah perkembangan carta berkala unsur, yang mengelaskan unsur menurut tertib berat atom masing-masing di samping membuktikan bahawa kumpulan unsur tertentu mempunyai sifat-sifat yang serupa. Dalam jadual berkala yang moden, unsur dimasukkan ke dalam kumpulan menurut tertib nombor atom (bilangan proton dalam setiap nukleus). Lihat Unsur kimia (Jadual berkala). | UMUM | |
KLAMIDIA | Klamidia ialah nama penyakit yang dijangkiti melalui perhubungan seks. Penyakit ini disebabkan oleh organisma Chlamydia trachomatis. Biasanya, doktor menamakannya sebagai uretritis bukan gonokokus atau uretritis bukan khusus. | UMUM | |
PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA (PLM) | Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), pertubuhan bahasa. Pertubuhan ini memperjuangkan bahasa melalui kegiatan bahasa dan mengeratkan perhubungan antara pengkaji dengan peminat bahasa. Antara kegiatan yang dijalankan oleh PLM ialah Hadiah Bahasa, Forum Remaja, Syarahan Raja Ali Haji, seminar, bengkel, ceramah, kursus bahasa dan penerbitan buku dan jurnal linguistik. | UMUM | |