Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.ba.ha.sa] | ڤريبهاس

Definisi : ayat atau kelompok kata yg mem­punyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian yg tertentu, bidal, pepatah: pegangan mereka yg teguh kpd ~ “biar mati anak jangan mati adat”, sudah cukup menerangkan kebudayaan mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.ba.ha.sa] | ڤريبهاس

Definisi : bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yg tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bagai jelongak kerbau rampung.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERIBAHASA

PERIBAHASA, frasa dan ayat yang mempunyai susunan yang tepat dan mengandungi makna khusus.  Peribahasa merupakan istilah umum kepada jenis-jenis yang dikenal sebagai simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah dan perbilangan.  Peribahasa digolongkan seperti simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan.

SASTERAKonsep
PERIBAHASA BERIRAMA

PERIBAHASA BERIRAMA, genre puisi Melayu tradisional.  Peribahasa berirama atau peribahasa berangkap adalah peribahasa yang meliputi kiasan, pepatah, bidalan, perbilangan atau perumpamaan yang berbentuk puisi atau mengandungi cirri-ciri puisi, seperti kesejajaran, perulangan, rima atau sekurang-kurangnya irama.

SASTERAKonsep
KAMUS LENGKAP PERIBAHASA UTUSAN

KAMUS LENGKAP PERIBAHASA UTUSAN, kamus yang dihasilkan oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. dan diterbitkan oleh Utusan Malaysia Publications and Distributors, Kuala Lumpur pada tahun 1993. Buku setebal 477 halaman dan berukuran 11 cm x 8 cm ini merupakan koleksi peribahasa Melayu yang terkini dan terbaik sejak Kamus Istimewa Peribahasa (1963) dan Kamus Simpulan Bahasa (1974). Inilah dokumentasi peribahasa Melayu 30 tahun selepas merdeka. Kamus Peribahasa Lengkap Utusan (KPLU) ini mempunyai enam kelebihan berbanding dengan koleksi peribahasa yang terdahulu.

BAHASAPenerbitan
KAMUS ISTIMEWA PERIBAHASA MELAYUKAMUS ISTIMEWA PERIBAHASA MELAYU, KAMUS YANG DISUSUN OLEH Abdullah Hussain dan diterbitkan untuk kali pertama oleh Oxford University Press pada tahun 1965. Cetakan kedua diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Versi ini telah diperbaiki dan diterbitkan pada tahun 1975. Kamus ini juga diulang cetak beberapa kali dan kali terakhirnya ialah pada tahun 1993. Dalam versi terakhir ini, ejaannya disesuaikan dengan ejaan baru.BAHASAPenerbitan
KLISEperibahasa yang telah laama dan kerap didengar dan dibaca hinggakan menjadi basi.BAHASAKonsep
BIDALAN

BIDALAN, peribahasa yang mempunyai makna selapis; apa-apa yang dikatakan itulah ertinya.

SASTERAKonsep
PERBILANGAN

PERBILANGAN, sejenis peribahasa yang panjang, lebih daripada satu ayat.  Ia berbilang, lantas disebut perbilangan.  Perbilangan  bermakna selapis atau dua lapis.  Perbilangan serupa pepatah dan berfungsi sebagai undang-undang, iaitu Undang-undang Adat Perpatih.  Nama-nama lain bagi perbilangan ialah ‘perbilangan adat’, ‘gurindam adat’, ‘teromba’ dan ‘terasul’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PEPATAH

PEPATAH, sejenis peribahasa yang mempunyai susunan tetap dan mengandungi makna tertentu. Bentuk gandanya ialah pepatah-petitih. Bentuk pepatah sama dengan bidalan. Yang membezakannya dengan bidalan, ialah bahawa bidalan mengandungi teladan atau pengajaran. Pepatah mengandungi pernyataan adat, peraturan dan hukum, iaitu hukum adat perpatih. Pepatah bermakna selapis, kerana apa yang dikatakan itulah maksudnya.

SASTERAKonsep
MESTIKA BAHASA

MESTIKA BAHASA, buku tentang peribahasa.  Buku ini disusun dan dikarang oleh Muhammad Yusuf Mustafa, Kelantan.  Buku ini diterbitkan pada tahun 1959 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, di bawah Siri Perpustakaan Sekolah Bilangan 2.

BAHASAPenerbitan
KITAB KILIRAN BUDI

KITAB KILIRAN BUDI, kamus peribahasa yang disusun oleh W.G. Shellabear dan yang diterbitkan oleh Malaya Publishing Limited (Singapura) pada tahun 1909 dan tahun 1949, dan diterbitkan semula oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur pada tahun 1963.

BAHASABahasa
12

Kembali ke atas