PERIKANAN | Perikanan ialah kawasan yang membekalkan banyak ikan untuk tujuan komersial. Perikanan pedalaman termasuk tasik, sungai dan penternakan ikan. Kebanyakan tangkapan ikan di dunia datang daripada perikanan laut. Spesies kod, ikan sebelah, hering, sardin dan tuna menyumbang kepada sebahagian besar sumber perikanan dunia yang terpenting di dunia. Banyak negara mengamalkan pengurusan perikanan untuk memulihara ikan. Terdapat peraturan yang mengehadkan saiz dan amaun ikan yang boleh ditangkap, dan juga musim penangkapan ikan. | UMUM | |
ALAT PERIKANAN LAUT | ALAT PERIKANAN LAUT, alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di laut. Alat perikanan laut mengalami perkembangan pesat hasil daripada peningkatan teknologi dalam penangkapan ikan. | BUDAYA | Konsep |
INDUSTRI PERIKANAN | | UMUM | |
ALAT PERIKANAN | ALAT PERIKANAN, alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di laut, sungai, kolam dan sebagainya. | BUDAYA | Konsep |
PERIKANAN LAUT | PERIKANAN LAUT, aktiviti menangkap ikan di pesisiran pantai dan di laut dalam. Umumnya, perikanan laut menggunakan alat menangkap ikan seperti pancing, rawai, bubu, kelong, belat dan pukat. Anak ikan atau sotong digunakan sebagai umpan untuk pancing dan rawai. Antara ikan yang ditangkap termasuklah kurau, yu, talang, jenahak, alu-alu, pari, landuk, tenggiri, gerpoh dan senangin. Biasanya hasil tangkapan ini adalah untuk kegunaan sendiri atau dijual. | BUDAYA | Konsep |
PERIKANAN DARAT | PERIKANAN DARAT, aktiviti menangkap ikan air tawar di sungai, anak sungai, tasik, sawah, kolam dan muara sungai. Antara ikan yang sering ditangkap ialah bujuk, haruan, limbat, puyu, sepat, keli, tengas, seluang, baung, sebarau, kelah, jelawat, kelaba, patin, lampan, toman dan tilapia. | BUDAYA | Konsep |
ALAT PERIKANAN DARAT | ALAT PERIKANAN DARAT, alat-alat yang digunakan untuk mengakap ikan di sungai, kolam, tasik, sawah, parit dan paya. | BUDAYA | Konsep |
DAERAH GRAMPIAN | Daerah Grampian, di timur laut Scotland, ialah kawasan yang maju dalam industri pertanian dan perikanan. Pada tahun 1970-an, Aberdeen, bandar utamanya, menjadi pusat industri minyak Laut Utara. | UMUM | |
ABERDEEN | Aberdeen (pend. 201 099) ialah pusat universiti lama dan bandar utama di utara Scotland. Bagi lokasi, lihat Scotland (peta politik). Ia merupakan pusat perkhidmatan utama bagi industri minyak di Laut Utara. Ia juga merupakan pelabuhan perikanan yang utama di United Kingdom. | UMUM | |
PERTUBUHAN MAKANAN DAN PERTANIAN | Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Nama penuhnya ialah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Agensi ini berusaha untuk memperbaik pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan makanan dan lain-lain keluaran ladang, hutan dan perikanan di dunia. Matlamatnya termasuk meningkatkan paras pemakanan dan taraf hidup manusia, terutamanya orang miskin di luar bandar. Lebih kurang 160 negara menganggotai pertubuhan ini. | UMUM | |