Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.ke.ma.nu.sia.an] | ڤريکماءنسياءن

Definisi : 1. sifat-sifat yg wajar bagi manusia (spt bertimbang rasa, tolong-meno­long, mengasihani, dsb); 2. keadaan manusia umumnya; berperikemanusiaan mempunyai perikemanusiaan (spt perasaan bertimbang rasa, tolong-menolong, mengasihani, dsb); ketidakberperikemanusiaan perihal tidak mempunyai perasaan perikemanusiaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.ke.ma.nu.sia.an] | ڤريکماءنسياءن

Definisi : perasaan atau perangai yg layak bagi manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ri.ke.ma.nu.sia.an] | ڤريکماءنسياءن

Definisi : sifat-sifat yg wajar bagi manusia, spt bertimbang rasa, ada belas kasihan, dpt memaafkan kesalahan orang, dan tolong-menolong. berperikemanusiaan mempunyai perikemanusiaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perikemanusiaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAADI

Saadi (1213?–1292) ialah pengarang Parsi yang

masyhur menulis karya dalam bentuk prosa dan

puisi. Cerita prosanya yang paling terkenal ialah

Golestan ( Rose Garden ), satu ko leksi cerita prosa

dengan memasukkan banyak rangkap tentang

moral. Penulisan Saadi dicirikan dengan gaya yang

jelas dan sederhana, dan dengan sentimen tolak

ansur dan perikemanusiaan. Kejelasan dan kualiti

moral yang tinggi dalam penulisannya

berkemungkinan telah menjadikannya paling

popular di kalangan pengarang Parsi.

UMUM 

Kembali ke atas