PERISAI | Perisai ialah sejenis balutan yang digunakan khusus untuk perlindungan ketika dalam peperangan. Sejak berabad-abad lamanya, bahan seperti kulit haiwan, gangsa, dan keluli telah digunakan untuk membuat perisai. Hari ini, perisai digunakan terutamanya pada kapal, kereta kebal, dan juga kenderaan tentera yang lain. | UMUM | |
PERISAI KANADA | Perisai Kanada ialah kawasan besar dan berbatu yang melengkung di sekeliling Teluk Hudson . Bentuknya seperti ladam kuda gergasi. Perisai ini merangkumi separuh daripada kawasan bumi di Kanada. Ia termasuk kebanyakan Pulau Baffin, semua kawasan Labrador, sembilan per sepuluh Quebec, lebih separuh Ontario dan Manitoba , dan sebahagian besar Saskatchewan dan Wilayah Barat Laut. | UMUM | |
PERISAI HABA | Perisai haba ialah penutup pada kon muncung kapal angkasa atau roket. Ia melindungi angkasawan dan peralatan daripada haba yang amat panas yang dikeluarkan semasa penerbangan kelajuan tinggi melalui atmosfera. Pemanasan demikian berlaku apabila kapal angkasa turun dari orbit bumi. Atom dan molekul udara menjana haba melalui geseran terhadap permukaan kapal angkasa. | UMUM | |
AEGIS | Aegis, mengikut dongeng orang Yunani purba, ialah nama perisai yang dibuatkan oleh Vulcan untuk Jupiter. Jupiter mencipta guruh dengannya. Minerva (Athena), anak perempuan Jupiter, membawa perisai ini bersama-samanya sebagai lambang kuasa, apabila dia keluar menjalankan tugas bagi pihak ayahnya. Di bahagian tengah perisai tersebut terukir kepala Medusa, anak perempuan dewa laut, Phorcys. Kepala yang diukir ini dikatakan dapat menukar manusia kepada batu. | UMUM | |
TELINGA GAJAH | Telinga gajah ialah tumbuhan berdaun besar yang berbentuk seperti telinga gajah atau perisai. Terdapat dua spesies biasa. Di Pasifik Selatan, satu jenis telinga gajah dimakan ubinya seperti kentang dan ia dikenali juga sebagai taro, eddo, dan dasheen . Telinga gajah yang ditanam di batas bunga adalah serupa, tetapi ia mempunyai akar yang lebih kecil dan daun yang lebih cantik. Lihat juga Taro . Pengelasan saintifik. Telinga gajah tergolong dalam famili arum, Araceae. Jenis hiasan ialah Colocasia antiquorum . | UMUM | |
KUTU KAYU | Kutu kayu ialah nama sekumpulan krustasea (haiwan yang mempunyai perisai badan) yang hidup di darat yang badannya bujur leper. | UMUM | |
SHERIDAN, PHILIP HENRY | Sheridan, Philip Henry (1831–1888) Ialah jeneral terkemuka pihak Kesatuan terutamanya kerana kejayaannya dalam Perang Saudara Amerika (1861–1865). Dia menjadi terkenal sebagai ketua pasukan kereta perisai semasa Perang Saudara Amerika di Lembah Shenandoah, Virginia. | UMUM | |
REJIMEN | Rejimen ialah organisasi tentera yang bertanggungjawab terhadap perumahan dan penyusunan sekumpulan tentera dan peralatannya. Banyak rejimen dibentuk kepada beberapa kumpulan kecil seperti batalion infantri, skuadron (tentera perisai), atau pasukan meriam (artileri). Rejimen infantri mungkin mengandungi sekurang-kurangnya dua batalion semasa aman atau paling ramai 15 batalion semasa perang. | UMUM | |
SURAH AL-HADID | Surah al-Hadid ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-57 mengikut susunan surah-surah Al-Quran dan mengandungi 29 ayat. Surah ini dinamakan al-Hadid (besi) kerana kandungannya menceritakan tentang besi. Besi merupakan sumber kekuatan manusia dalam peperangan dan simbol pendamaian. Besi juga digunakan untuk membina bangunan. Selain itu, besi boleh digunakan untuk membina jambatan besar, membuat alat perisai, pedang dan panah, kereta kebal, kapal selam, kereta perisai yang berat dan barang-barang lain yang berfaedah. | UMUM | |
TASIK GREAT BEAR | Tasik Great Bear ialah tasik yang terbesar di Kanada dan tasik yang keempat terbesar di Amerika. Tasik Great Bear meliputi keluasan 31 328 kilometer persegi di Wilayah Barat Laut. Tasik ini terbentang di kedua-dua kawasan daratan yang utama di Kanada, iaitu Perisai Kanada dan Dataran Pedalaman di Utara. Sebahagiannya juga terletak di dalam Bulatan Artik. Ais melitupi tasik ini selama kira-kira sembilan bulan dalam setahun. | UMUM | |