[pe.ri.sian]/[per.i.sian] | ڤرايسين
Definisi : program atau atur cara komputer yg dapat digunakan dgn sistem komputer tertentu: doktor lebih mudah menentukan rawatan dan pencegahan penyakit jantung dgn menggunakan ~ komputer yg direka khas; ~ bersepadu perisian yg menggabungkan pelbagai ciri yg biasanya wujud secara berasingan dlm satu perisian yg besar dan bersepadu; ~ kongsi perisian atau dokumen yg diedarkan oleh pembuat perisian untuk dikongsi bersama oleh pengguna komputer; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.ri.sian]/[per.i.sian] | ڤرايسين
Definisi : data, program dsb yg perlu utk pengendalian komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)