Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.si/] | ڤريسيق

Definisi : orang atau jabatan yg tugasnya me­risik (mencari keterangan, dll dgn sem­bunyi-sembunyi): pegawai ~; polis ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.si/] | ڤريسيق

Definisi : orang atau jabatan yg tugasnya merisik (mencari rahsia dll): pegawai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
risik2
Kata Terbitan : merisik, perisikan, perisik,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERISIK

Perisik ialah orang yang mengumpulkan

maklumat yang bernilai untuk kepimpinan politik

negara yang dia memberikan khidmatnya. Dalam

masa aman, perisikan melibatkan pelbagai kegiatan

pengumpulan maklumat. Kegiatan ini termasuk

peninjauan dan pengintipan dari udara dan satelit

dan juga pengintipan menggunakan alat elektronik.

UMUM 
CHURCHILL, ODETTE ialah perisik

Inggeris kelahiran Perancis semasa Perang Dunia

UMUMUmum
ANDRE, JOHN

Andre, John (1751–1780), pegawai Inggeris,

digantung oleh Tentera Revolusi Amerika kerana

menjadi perisik. Dia merupakan utusan jeneral

Inggeris, Sir Henry Clinton, yang bersama-sama

Benedict Arnold, mempunyai rancangan untuk

merampas kubu penting orang Amerika di West

Point (lihat Arnold, Benedict ).

UMUM 
MATA HARI

Mata Hari (1876 –1917) ialah penari Belanda yang

dihukum mati oleh negara Perancis kerana dituduh

menjadi perisik Jerman semasa Perang Dunia I (1914–

1918).

UMUM 
TE KOOTI

Te Kooti (1831–1893) ialah pahlawan Maori yang

menjadi ketua dan pemimpin yang teragung

semasa Perang New Zealand. Pada tahun 1865,

pasukan polis dan askar yang sedang memburu

anggota pergerakan pemberontakan Hau Hau telah

menahannya kerana mereka mengesyakinya

sebagai perisik Hau Hau. Tanpa membawanya ke

muka pengadilan, kerajaan terus membuangnya ke

Kepulauan Chatham, iaitu sebuah kumpulan pulau

lebih kurang 725 kilometer ke timur New Zealand.

UMUM 
AGENSI PERISIKAN PUSAT [CENTRAL INTELLIGENCE AGENCY–(CIA)]

Agensi Perisikan Pusat (Central Intelligence

Agency-(CIA)) ialah agensi kerajaan Amerika

Syarikat yang mengumpulkan maklumat tentang

politik, ekonomi, dan ketenteraan lebih daripada

150 buah negara asing, serta menilainya bagi

kegunaan agensi kerajaan yang lain. Maklumat

seperti ini dikenali sebagai perisikan. Ia

melibatkan keselamatan negara, dan kebanyakan

maklumat itu dikelaskan (rahsia). CIA

menggunakan ramai perisik asing untuk

mendapatkan maklumat tentang negara mereka

sendiri.

UMUM 
FORCE 136

FORCE 136,  satu ketumbukan dan pertubuhan rahsia yang bergerak di Asia Tenggara pada masa Perang Dunia Kedua. Pasukan ini diletakkan di bawah ‘Special Operations Executive’, yang dipimpin oleh Lord Louis Mounbatten. Penubuhannya bertujuan untuk menyediakan pasukan perisik dan ketenteraan bagi membolehkan negara Asia Tenggara dirampas semula oleh Tentera Berikat dari Jepun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
BRANDT, WILLY

Brandt, Willy (1913–1992) ialah canselor

Jerman Barat yang dipilih pada tahun 1969. Dia

meletakkan jawatan pada tahun 1974, selepas

salah seorang daripada penolongnya didapati

menjadi perisik Jerman Timur. Walaupun

Brandt menafikan apa-apa pengetahuan tentang

kegiatan merisik penolong itu, dia menerima

sepenuh tanggungjawab mengenainya. Sebelum

berkhidmat sebagai canselor, Brandt menjadi naib

canselor dan menteri luar dari tahun 1966 hingga

tahun 1969. Dia adalah datuk bandar Berlin Barat

dari tahun 1957 hingga tahun 1966.

Pada tahun 1971, Brandt menerima Hadiah Nobel

Keamanan kerana usahanya untuk mengurangkan

ketegangan antara negara-negara Komunis dengan

bukan Komunis. Di bawah Brandt, Jerman Barat

menandatangani persetiaan tidak mencerobohi

Kesatuan Soviet dan negara-negara lain di Eropah

Timur. Kerajaannya berusaha untuk memulihkan

hubungan antara Jerman Timur dengan Jerman

Barat dan untuk mengurangkan ketegangan antara

Berlin Timur dengan Berlin Barat.

Semasa mudanya, Brandt menyertai Parti

Demokratik Sosial dan secara terbuka menentang

UMUM 

Kembali ke atas