Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ris.ti.wa] | ڤريستيوا

Definisi : sesuatu (hal dll) yg berlaku (menarik perhatian dll), kejadian, perkara: pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan suatu ~ yg penting dlm sejarah negeri ini; sekali ~ sl pd suatu kejadian; ~ bahasa Id sesuatu kejadian yg berkaitan dgn perkembangan bahasa; ~ sejarah kejadian-kejadian penting (besar) dlm sejarah; berperistiwa bersejarah; hari ~ hari yg bersejarah (kerana berlakunya kejadian penting). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ris.ti.wa] | ڤريستيوا

Definisi : sesuatu yg benar-benar berlaku; kejadian yg luar biasa atau yg menarik perhatian: ~ sejarah kejadian yg penting dlm sejarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peristiwa (kata nama)
Bersinonim dengan kejadian, hal, perkara, pengalaman, insidens, kes.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AYYAM AL-‘ARAB

Ayyam al-‘Arab ialah peristiwa, serangan dan

pertempuran yang berlaku di kalangan orang Arab

pada zaman Jahiliah. Peristiwa-peristiwa ini

disampaikan oleh para pencerita Arab dan

diselangi pula dengan syair-syair. Pertempuran

pada hari-hari ini berlaku di antara sesama kabilah

Arab dan sedikit sahaja berlaku antara orang Arab

dengan Parsi. Kebanyakan pertempuran berlaku

antara orang Arab ‘Adnan (Arab utara) disebabkan

kekurangan sumber kekayaan di padang pasir.

Kadang-kadang mereka berasa ditekan oleh orang

Arab Qahtan (Arab selatan), lalu mereka

menentang Arab Qahtan dalam beberapa siri

peperangan yang direkodkan dalam Ayyam al-

‘Arab .

UMUM 
PERISTIWA 13 MEI

Peristiwa 13 Mei ialah peristiwa rusuhan kaum

yang berlaku di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969.

Peristiwa ini berlaku akibat sentimen perkauman

yang ketara dalam politik Malaysia, iaitu selepas

pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum 1969

yang diadakan pada 10 Mei 1969, setelah Parti

Perikatan memperoleh undi yang kurang

berbanding pilihan raya sebelumnya.

UMUM 
PERISTIWA TRENT

Peristiwa Trent ialah peristiwa tentera laut

pada tahun pertama Perang Saudara Amerika. Ia

hampir mengheret England dalam konflik di

Selatan. Pada musim luruh tahun 1861, dua orang

pegawai yang mewakili pihak Gabungan , James M.

Mason dan John Slidell belayar ke Eropah dengan

misi mendapatkan bantuan Perancis dan England

yang berkecuali agar membantu pihak Selatan.

Oleh sebab kapal-kapal pihak Utara mengepung

pelabuhan-pelabuhan Selatan, mereka terpaksa

menaiki kapal British, iaitu Trenc di Havana, Cuba .

Charles Wilkes, komander U.S.S. San Jacinto

menahan kapal British itu tanpa arahan untuk

berbuat demikian. Dia menangkap Mason dan

Slidell dan dibawa ke Boston, Massachusetts.

Tindakan ini mencabuli prinsip kebebasan di

lautan kerana England adalah negara berkecuali.

UMUM 
PERISTIWA PETROV

Peristiwa Petrov ialah peristiwa yang

dinamakan sempena nama Vladimir Petrov (? –

1991), yang mencetuskan satu kontroversi getir di

Australia . Ia bermula pada tahun 1954, apabila

Perdana Menteri Robert Menzies mengumumkan

bahawa Petrov, seorang pegawai di Kedutaan

Soviet di Canberra, Victoria telah memohon untuk

mendapatkan suaka politik di Australia. Menzies

menyatakan Petrov telah mendedahkan wujudnya

suatu kumpulan pengintip Soviet di Australia.

UMUM 
PERISTIWA NATRAH

Peristiwa Natrah ialah peristiwa rusuhan yang

berlaku di Singapura pada tahun 1950 berikutan

bantahan orang Islam Singapura terhadap

keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang

membatalkan keislaman Natrah, seorang gadis

Belanda yang telah menganut agama Islam.

UMUM 
PERISTIWAAkan dikemaskiniMATEMATIKKonsep
KEBARANGKALIAN

Kebarangkalian. Apabila kita menyatakan

bahawa satu peristiwa itu lebih berkemungkinan

berlaku daripada satu peristiwa yang lain, ini

bermakna bahawa peristiwa itu lebih

berkemungkinan akan berlaku.

UMUM 
PERISTIWA PASIR SALAK

PERISTIWA PASIR SALAK, peristiwa kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan British yang ditandai dengan pembunuhan J.W.W. Birch di Perak pada tahun 1875.  Peristiwa ini didorong oleh hakikat bahawa pembesar Melayu berasa tertipu oleh politik British hingga menimbulkan kegelisahan di kalangan mereka sehingga mereka bertindak melakukan pembunuhan.  Usaha pembunuhan British ditangani oleh Dato’ Maharaja Lela yang mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Raja Ismail.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PERISTIWA SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG

PERISTIWA SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG, peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud oleh Megat Seri Rama kerana membalas dendam.  Peristiwa ini berlaku pada bulan Ogos 1699 bersamaan hari Jumaat, di Kota Tinggi, Johor. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PERISTIWA MEMALI

PERISTIWA MEMALI, peristiwa berdarah yang berlaku di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah, pada bulan November 1985.  Peristiwa ini dicetuskan oleh Ibrahim Mahmood dan pengikutnya yang menggunakan agama untuk tujuan politik.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
12345678910...

Kembali ke atas