PERIUK KERA | Periuk kera ialah nama sesetengah tumbuhan hijau yang mempunyai daun berbentuk periuk yang menjadi perangkap serangga. Periuk kera adalah tumbuhan insektivar, iaitu ia memakan serangga (lihat Tumbuhan insektivar) . Seperti lain-lain tumbuhan hijau, periuk kera membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis (lihat Fotosintesis ). Bagaimanapun, periuk kera hidup di kawasan yang terdapat sedikit nitrogen yang diperlukan daripada tanah. Serangga yang diperangkap memberikan nitrogen tambahan kepada tumbuhan ini. | UMUM | |
PERIUK API | Periuk api ialah alat letupan yang digunakan dalam peperangan untuk membunuh tentera musuh dan memusnahkan kapal laut, kereta kebal, dan peralatan lain kepunyaan pihak musuh. Sesetengah periuk api meletup apabila seseorang terpijaknya. Ada juga yang meletup apabila dilanggar oleh kereta kebal atau jip. Periuk api direka bentuk agar meletup apabila dialihkan dari tempatnya atau disentuh. Periuk api yang diletakkan di dalam air boleh meletup akibat daripada kesan yang ditinggalkan oleh laluan kapal. Ia juga boleh meletup dengan menggunakan alat kawalan jauh. | UMUM | |
PENYAPU PERIUK API | | UMUM | |
TANJUNG PERIUK | TANJUNG PERIUK, pelabuhan terbesar di Indonesia, terletak di pantai utara pulau Jawa iaitu di Teluk Jakarta. Pelabuhan ini dibuka pada tahun 1877 oleh pemerintah Belanda, bagi menggantikan Sunda Kelapa yang tidak lagi dapat menampung kemasukan kapal dagang yang begitu banyak. Pelabuhan Tanjung Periuk terletak di sebelah timur Sunda Kelapa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KETUHAR BELANDA | Ketuhar belanda ialah periuk masak bertutup yang dibuat daripada logam. Ketuhar belanda moden biasanya dibuat daripada aluminium. | UMUM | |
SENJATA NUCLEAR | Senjata nuklear ialah sebarang senjata yang memperoleh kuasa pemusnahnya daripada perubahan jirim dalam atom menjadi tenaga. Semua senjata nuklear ialah peranti letupan. Ini termasuk misil berpandu, bom, peluru meriam, periuk api, dan torpedo. Senjata nuklear yang paling bertenaga lebih memusnahkan berbanding sebarang senjata konvensional (bukan nuklear). | UMUM | |
MAKANAN BAKAR DAN PANGGANG | MAKANAN BAKAR DAN PANGGANG, makanan yang dimasak di atas bara api atau didiangkan pada api yang sedang menyala. Membakar makanan boleh juga di dalam ketuhar, atau di dalam periuk dengan bara api di atas dan di bawah periuk tersebut. | BUDAYA | Makanan |
MAKANAN REBUS | MAKANAN REBUS, makanan yang dimasak di dalam air yang mendidih, atau tanpa menggunakan minyak. Antara makanan yang direbus ialah lauk-pauk dan sayur-sayuran. Makanan lain ialah asam rebus, pindang, singgang, asam pedas, kuah laksa utara dan masak bening. Merebus boleh dilakukan di dalam periuk atau belanga. | BUDAYA | Makanan |
NORHISHAM MUSTAFA | NORHISHAM MUSTAFA (1950 - ), penulis. Dia lahir pada 28 Mei 1950 di Kampung Bakat, Gual Periuk, Pasir Mas, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Lemal dan kemudian menyambung pengajiannya di Maktab Pengajian Islam, Kota Bharu. Dia pernah bertugas sebagai penyunting Mingguan Kota Bharu sebelum menjadi penulis sepenuh masa. | SASTERA | Tokoh |
TUDUNG SAJI | TUDUNG SAJI, sejenis alat yang direka khas untuk menutup hidangan makanan. Ia boleh menutup hidangan di atas meja, dalam dulang dan juga yang disusun di atas lantai. Kegunaannya semata-mata untuk menutup makanan daripada dihinggapi oleh lalat atau habuk. Hidangan yang ditutup dengan tudung saji boleh dibiarkan beberapa waktu dengan tidak perlu disimpan semula ke dalam periuk atau belanga. | BUDAYA | Alat/Alatan |