Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berbagai-bagai bekas utk memasak (periuk, belanga, kuali, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berbagai-bagai jenis bekas utk memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata periuk belanga

Puisi
 

Jerang periuk jerang belanga,
     Sama berjerang keduanya;
Sudah terjenguk jandaku lama,
     Sama tercengang keduanya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Periuk mengumpat belanga.

Bermaksud :

Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Kuali mengatakan belanga hitam).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAKANAN REBUS

MAKANAN REBUS, makanan yang dimasak di dalam air yang mendidih, atau tanpa menggunakan minyak. Antara makanan yang direbus ialah lauk-pauk dan sayur-sayuran. Makanan lain ialah asam rebus, pindang, singgang, asam pedas, kuah laksa utara dan masak bening. Merebus boleh dilakukan di dalam periuk atau belanga.

BUDAYAMakanan
TUDUNG SAJI

TUDUNG SAJI, sejenis alat yang direka khas untuk menutup hidangan makanan. Ia boleh menutup hidangan di atas meja, dalam dulang dan juga yang disusun di atas lantai. Kegunaannya semata-mata untuk menutup makanan daripada dihinggapi oleh lalat atau habuk. Hidangan yang ditutup dengan tudung saji boleh dibiarkan beberapa waktu dengan tidak perlu disimpan semula ke dalam periuk atau belanga.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas