Minister, dalam agama Kristian, bermaksud seseorang yang berkhidmat. Perkataan minister ialah perkataan Latin yang bermaksud orang yang berkhidmat . Dalam ajaran agama Protestan terutamanya, minister merupakan golongan paderi yang ditahbiskan dan selalunya bertindak sebagai pastor dalam sesuatu jemaah. Selain mengendalikan upacara sembahyang, minister yang ditahbiskan juga mengendalikan sakramen, berkhutbah dan bertanggungjawab ke atas jemaah. Minister yang tidak ditahbiskan, boleh membantu mengendalikan upacara sembahyang. Contohnya, mereka selalunya membaca bahagian liturgi dan pelajaran tertentu dan membantu mengedarkan Perjamuan Suci. Dalam Gereja Roman Katolik, Gereja Ortodoks, dan Gereja England, paderi merupakan minister yang ditahbiskan. |