Sheffield (pend. 500 500; pend. kaw. met. 1 303 200) ialah bandar raya perindustrian di utara-tengah England. Bandar raya ini terletak di kawasan berbukit yang indah di pertemuan Sungai Don dan Sungai Sheaf (lihat England [peta politik]). Sebagai sebuah bandar raya perindustrian yang penting, Sheffield telah lama menjadi sebuah pusat untuk pengeluaran keluli, pinggan perak, dan barangan logam bermutu tinggi. Alat memotong dan kutleri, iaitu barangan perak, cerek, dan perkakas meja lain terkenal pada peringkat antarabangsa. |