DAENG MAREWAH | DAENG MAREWAH (? -1728), Yang Dipertuan Muda Riau-Johor yang pertama dan juga orang yang mendirikan perkampungan Bugis di Linggi dan Selangor. Daeng Marewah ialah anak yang ketiga kepada Opu Tendribureng Daeng Rilaka. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATO' MUDA LINGGI | DATO’ MUDA LINGGI, jawatan yang diwujudkan oleh orang dari Pulau Riau yang merantau ke Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Jawatan ini juga dikenal sebagai Dato’ Sitiawan atau Orang Kaya Luak Linggi. Ketua pemerintah Sungai Ujong, Dato’ Kelana Leha (1780-1800) mengarahkan mereka membuka perkampungan di tepi Sungai Linggi bersebelahan Sungai Ujong pada tahun 1783, dan mereka diketuai oleh Dato’ Awaluddin. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
DARUL ARQAM | DARUL ARQAM, pertubuhan dakwah Islam. Ia ditubuhkan oleh Ustaz Asaari Muhammad pada tahun 1968. Sebelum Darul Arqam ditubuhkan, Ustaz Asaari, yang berguru dengan almarhum Syekh Mahmood Bukhari, memimpin kegiatan usrah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Dia memperkenalkan konsep ‘ikhwan’ (persaudaraan Islam) di kalangan para pengikutnya. Dia telah membina sebuah perkampungan Islam di Sungai Pencala, Kuala Lumpur di samping menjadi pusat kegiatan dakwah yang dipimpinnya sendiri sebagai Syekhul Arqam. Darul Arqam tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |