DUSUN | DUSUN, kebun buah-buahan yang terletak di pinggir kampung atau berhampiran kawasan hutan. Kawasan dusun adalah sebahagian daripada konsep ruang masyarakat Melayu dalam menyusun kedudukan penempatan mereka. Tapak rumah merupakan pusat ruang itu. Di luar daripada tapak ini terdapat kawasan ‘kampung’ (kawasan kecil) di sekitar perkarangan rumah. Di luar kawasan kampung ini biasanya terdapat kawasan pertanian terutama sekali padi. Bagi petempatan moden, kawasan pertanian ini terdiri daripada kebun getah atau kelapa. Di luar daripada kawasan pertanian ini terletak kawasan dusun yang sudah agak hampir dengan pinggir hutan dan tidak lagi mempunyai pemilik yang jelas dalam penggunaan tanah di kawasan perkampungan. Gabungan keseluruhan kawasan kediaman ini menjadikan keseluruhan wilayah kampung. | BUDAYA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BENDERA NEGERI, | BENDERA NEGERI, Panji-panji yang menjadi lambang sesebuah negeri. Bendera Persekutuan Tanah Melayu (sebelum wujudnya Malaysia) mula diperkenalkan pada 19 April 1950, setelah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Bendera ini direka khas sebagai lambang Persekutuan Tanah Melayu secara keseluruhannya, serta merangkumi sejarah setiap negeri. Bendera ini berukuran 180cm x 90 cm, mempunyai 11 jalur iaitu enam jalur merah dan lima jalur putih mewakili negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu iaitu Johor, Pahang, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka. Di sudut atas sebelah kiri terdapat petak berwarna biru dengan bulan sabit dan bintang berwarna kuning. Bintang pecah 11 melambangkan perpaduan 11 buah negeri tersebut, serta warna kuning melambangkan kedalatan institusi beraja di sebahagian besar negeri di Tanah Melayu. Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950, di perkarangan Istana Selangor, Kuala Lumpur. Upacara menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British, pada ketika itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
BENDERA NEGERI | BENDERA NEGERI, Panji-panji yang menjadi lambang sesebuah negeri. Bendera Persekutuan Tanah Melayu (sebelum wujudnya Malaysia) mula diperkenalkan pada 19 April 1950, setelah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Bendera ini direka khas sebagai lambang Persekutuan Tanah Melayu secara keseluruhannya, serta merangkumi sejarah setiap negeri. Bendera ini berukuran 180cm x 90 cm, mempunyai 11 jalur iaitu enam jalur merah dan lima jalur putih mewakili negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu iaitu Johor, Pahang, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka. Di sudut atas sebelah kiri terdapat petak berwarna biru dengan bulan sabit dan bintang berwarna kuning. Bintang pecah 11 melambangkan perpaduan 11 buah negeri tersebut, serta warna kuning melambangkan kedalatan institusi beraja di sebahagian besar negeri di Tanah Melayu. Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950, di perkarangan Istana Selangor, Kuala Lumpur. Upacara menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British, pada ketika itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Alat/Alatan |