PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN SEMENANJUNG MALAYSIA | PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN SEMENANJUNG MALAYSIA, pertubuhan yang membolehkan kaum wanita bergiat cergas dalam kegiatan kebajikan dan memajukan masyarakat. Pertubuhan ini juga dikenali sebagai Women’s Institute (WI). Pertubuhan ini telah diasaskan oleh isteri Pesuruhjaya Tinggi British, Lady Templer, pada tahun 1952. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan yang ahli-ahlinya terbuka kepada wanita yang berumur 15 tahun ke atas dan semua bangsa dan agama dan tidak bersifat politik. Pejabat WI terletak di No. 2, Jalan Lembah 5/2, Off Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
ATTUCKS, CRISPUS | Attucks, Crispus (1723?–1770) ialah ketua sebuah perkumpulan yang ditembak oleh askar Inggeris dalam peristiwa “Boston Massacre” (Pembunuhan Beramai-ramai Boston) semasa Revolusi Amerika. | UMUM | |
ANABAPTIS | Anabaptis merupakan bentuk sayap radikal Reformasi tahun 1500-an. Mereka percaya bahawa gereja merupakan perkumpulan manusia yang disatukan oleh kepercayaan, penyesalan, ketaatan, dan disiplin. Oleh itu, pembaptisan sebagai pembukaan kepada komuniti ini harus dibataskan kepada pengikut yang sudah cukup matang untuk memilih menjadi ahli. Orang menamakan mereka anabaptis ( pembaptis semula ) kerana mereka membaptis orang dewasa yang telah dibaptis semasa bayi. Anabaptis mengutuk penglibatan kerajaan dalam agama, yang akhirnya mencetuskan idea pemisahan gereja dan negeri. | UMUM | |
SURAT KEPERCAYAAN GELANGGANG | SURAT KEPERCAYAAN GELANGGANG, pernyataan sikap seniman dan budayawan Indonesia mewakili perkumpulan Gelanggang Seniman Merdeka, yang ditubuhkan di Jakarta pada 19 November 1946. Antara ahli Gelanggang Seniman Merdeka ialah Chairil Anwar, Asrul Sani, Rivai Apin, Sitor Situmorang, Pramoedya Ananta Toer, Mochtar Apin, Baharuddin M.S., Henk Ngatung, dan Basuki Resbowa. Nama Gelanggang diambil daripada nama rubrik kebudayaan majalah Siasat. Rubrik ini dikendalikan oleh Asrul Sani, Chairil Anwar dan Rivai Apin. | SASTERA | Karya |
KERAJINAN AMAI SETIA | KERAJINAN AMAI SETIA, perkumpulan wanita yang pertama ditubuhkan di Sumatera, Indonesia. `Amai’ dalam bahasa Minangkabau bererti ibu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kegiatan |
TANAH AIR | TANAH AIR, puisi Muhammad Yamin yang diterbitkan pada tahun 1922, untuk menyambut ulang tahun kelima Jong Sumatranen Bond (Perkumpulan Pemuda Sumatera) di Jakarta. Sebelum diterbitkan dalam bentuk buku, tiga bait sajak “Tanah Air” ini pernah dimuatkan dalam majalah Jong Sumatera pada tahun 1920. | SASTERA | Karya |
GRUP PEMUISI UKM | GRUP PEMUISI UKM, perkumpulan penyair Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Grup Pemuisi UKM (GPUKM) ditubuhkan pada 17 Disember 1977 di bawah Sekretariat Penerangan dan Penerbitan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
SWEDENBORGIAN | Swedenborgian ialah orang yang mengikut rumusan doktrin Kristian sebagaimana yang diajarkan oleh Emanuel Swedenborg, ahli teologi Sweden. Gereja yang berasaskan doktrin ini ditubuhkan di London pada tahun 1787, dan di Amerika Syarikat pada tahun 1792. Gereja-gereja di Amerika Syarikat dan Kanada mewujudkan General Convention of the New Jerusalem pada tahun 1817. Sebuah badan yang berasingan, iaitu General Church of the New Jerusalem, diasaskan pada tahun 1890. Penganut fahaman ini mempunyai perkumpulan dan misi di serata dunia, biasanya dengan cara bersekutu dengan badan-badan di Amerika Syarikat atau dengan Conference of the New Church di United Kingdom. | UMUM | |
SITI ROHANA KUDUS | SITI ROHANA KUDUS (1884-1972), pengasas Kerajinan Amai Setia, sebuah perkumpulan wanita yang pertama di Sumatera Barat , Indonesia. Dia lahir pada 20 Disember 1884 di Kota Gadang, Bukittinggi, Sumatera, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Siti Rohana binti Muhammad Rasjad gelar Maharaja Sutan. Dia lebih dikenal dengan nama Rohana Kudus, iaitu cantuman nama suaminya, Abdul Kudus. Dia adalah kakak kepada Sutan Syahrir, tokoh nasionalis Indonesia. Rohana Kudus menerima pendidikan awalnya secara tidak rasmi daripada guru dan ibu angkatnya, Adiesa, isteri seorang jaksa di Alahan Panjang. Adiesa mengajarnya mengaji al-Qur’an, membaca dan menulis Jawi dan Rumi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |