SYAIR ALEGORI | SYAIR ALEGORI, syair yang disampaikan dalam bentuk perlambangan atau kiasan. Watak binatang, tumbuhan serta cakerawala menggantikan watak manusia dengan tujuan melindungi watak dan peristiwa yang sebenarnya. Penulis menyampaikannya dalam bentuk perlambangan kerana umumnya peristiwa itu berlaku di kalangan golongan bangsawan. Unsur simbolik biasanya digambarkan melalui penglihatan kesedaran manusia. Syair ini hanya dapat diutarakan sebagai simbolik dengan mengetahui maksud yang tersembunyi pada beberapa unsur di dalamnya. | SASTERA | Konsep |
SCHOPENHAUER, ARTHUR | Schopenhauer, Arthur (1788–1860) ialah ahli falsafah Jerman yang terkenal kerana pandangannya yang pesimistik dan gaya prosanya yang halus. Schopenhauer kuat dipengaruhi oleh ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant. Bertolak daripada hujah Kant, Schopenhauer menegaskan bahawa dunia yang kita alami melalui pancaindera kita adalah perlambangan semata-mata. Yang dimaksudkannya ialah dunia yang kita alami bukan dunia yang benarnya, sebaliknya kita seolah-olah memaparkan dunia ini kepada diri kita sendiri. Semasa menggambarkan dunia ini kepada diri kita, kita mengubahnya. | UMUM | |
BUKHARI AL-JAUHARI | BUKHARI AL-JAUHARI ( ? - ? ), tokoh kesusasteraan Melayu klasik. Namanya dikatakan mempunyai maksud Bukhari dari Johor. Walau bagaimanapun pernah timbul percanggahan pendapat tentang namanya yang boleh juga membawa erti ‘Bukhari Saudagar Permata’ kerana perkataan Bukhari merujuk kepada seorang yang pakar tentang batu-batu permata. Dari sudut perlambangan, nama Bukhari al-Jauhari mungkin mengandungi maksud bahawa sebagai seorang pengarang (Bukhari), dia mempunyai pengetahuan (permata) yang mendalam tentang apa yang diperkatakannya dalam karyanya. Kekeliruan tentang nama ini timbul kerana perkataan ‘jauhar’ bermakna permata tetapi mengikut Rouffiaer (seorang sarjana Belanda), sememangnya nama negeri Johor berasal daripada kata jauhar yang bermakna permata. | SASTERA | Tokoh |