PERLEMBAGAAN | Perlembagaan ialah kenyataan yang menggariskan prinsip asas organisasi formal yang telah dipersetujui. Perlembagaan dibuat dari peringkat kerajaan negara hingga ke peringkat kelab persendirian. Perlembagaan menyatakan struktur dan tujuan sesebuah organisasi itu ditubuhkan dan hak warganegaranya atau ahlinya. Perlembagaan juga menetapkan kuasa pegawai, cara mereka dipilih, dan tempoh mereka memegang jawatan. Perlembagaan juga disebut sebagai tataurusan pertubuhan atau piagam (lihat Piagam ). | UMUM | |
PERLEMBAGAAN MADINAH | undang-undang untuk penduduk madinah | AGAMA | Dasar |
PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI | Undang-undang pentadbiran negeri-negeri. | UNDANG-UNDANG | Akta |
PERLEMBAGAAN BRITISH | Perlembagaan British ialah rangka kerja kerajaan dan undang-undang Great Britain. Perlembagaan ini tidak dinyatakan dalam sebarang dokumen tetapi terdiri daripada beberapa piagam yang berasingan, akta parlimen, keputusan undang-undang, dan adat. Mengikut undang-undang, Parlimen ialah institusi yang paling tinggi kedudukannya dan ia boleh mengubah sebarang peruntukan perlembagaan. Tetapi, mengikut tradisi, terdapat beberapa perkara yang tidak dapat diubah oleh parlimen. Misalnya, rakyat dilindungi daripada sebarang pemenjaraan yang tidak sah berasaskan writ of habeas corpus , yang bertarikh dari tahun 1200-an (lihat Habeas corpus ). | UMUM | |
PERLEMBAGAAN AUSTRALIA | Perlembagaan Australia diisytiharkan pada 1 Januari 1901 apabila keenam-enam koloni yang berasingan bergabung bagi membentuk Komanwel Australia. Lihat Perlembagaan; Persekutuan Australia. | UMUM | |
PERLEMBAGAAN MERDEKA | PERLEMBAGAAN MERDEKA (1957), perundangan dan peraturan kenegaraan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang mendapat kemerdekaan atau kebebasan politik daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1957. perlembagaan Merdeka ditandatangani antara wakil-wakil kerajaan British dan raja-raja Melayu pada 5 Ogos 1957 di King’s House, Kuala Lumpur.
| SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
PERLEMBAGAAN CLARENDON | Perlembagaan Clarendon merupakan usaha awal, di England, untuk menetapkan garis sempadan antara hak Gereja dengan bidang kuasa Raja. | UMUM | |
PERLEMBAGAAN RAKYAT | PERLEMBAGAAN RAKYAT (1947), satu cadangan ringkas dasar pentadbiran negara bagi menolak cadangan Perjanjian Persekutuan 1948 yang dibuat oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), raja-raja Melayu dan British. Perlembagaan Rakyat dibuat oleh gabungan Pusat Tenaga Rakyat dan All-Malayan Council of Joint Action (PUTERA-AMCJA) pada 8 Ogos 1947. Kedua-dua gabungan ini menentang usaha UMNO dan raja-raja Melayu untuk membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan perjanjian baharu. Oleh sebab British menyebelahi UMNO dan raja-raja Melayu, satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa kerja (Working Committee) telah dibentuk dengan 12 orang anggota, iaitu enam orang pegawai British, empat orang wakil raja-raja Melayu dan dua orang wakil UMNO. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU | HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU, kedudukan istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan 153, Perlembagaan Malaysia. Konsep ini ialah satu konsep perundangan tentang status orang Melayu. Perkara 153 sebenarnya bertajuk ‘Perezapan Quota Mengenai Perkhidmatan, Permit dan Sebagainya, untuk orang Melayu’. Namun begitu, dalam Perkara 153, terselit ungkapan yang berbunyi ‘kedudukan istimewa orang Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
GERAKAN ANTIPENYERAHAN SARAWAK | GERAKAN ANTIPENYERAHAN SARAWAK, gerakan menentang keputusan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan Britain. Keputusan Brooke diambil tanpa mendapat persetujuan rakyat Sarawak, Majlis Negeri dan Tuan Muda Bertram Brooke. Keputusan Brooke bertentangan dengan jaminan Dinasti Brooke bahawa Sarawak adalah hak orang tempatan dan mereka hanya memerintah Sarawak seperti yang diamanahkan dalam perlembagaan. Mengikut Perlembagaan 1941, tujuan utama Dinasti Brooke adalah untuk menyediakan Sarawak ke arah kemerdekaan. Gerakan antipenyerahan bertujuan untuk menuntut kembali status Sarawak sebagai sebuah negeri yang merdeka, sama ada di bawah Dinasti Brooke ataupun di bawah kerajaan orang tempatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |