Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lin.du.ngan] | ڤرليندوڠن

Definisi : 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan,dll): pemerintahan Ghassan sentiasa men­dapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lin.du.ngan] | ڤرليندوڠن

Definisi : 1 perbuatan atau hal berlindung. 2 bantuan; pertolongan: Orang-orang kaya patut memberikan ~ kpd orang-orang susah. 3 tempat bersembunyi atau tempat berlindung: Apabila semboyan berbunyi, kami berlari mencari lubang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Jangan bersandar di batang rengas.

Bermaksud :

Tidak usah mencari perlindungan pada orang besar yang jahat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERLINDUNGAN DATA

Perlindungan data ialah menyelamatkan

maklumat elektronik yang tersimpan dalam

komputer. Perlindungan data termasuklah:

(1) perlindungan sah hak awam untuk melihat

maklumat yang mungkin ada dalam pangkalan

data komputer, dan (2) perlindungan daripada

kecurian, kerosakan perisian (program) dan data

yang tersimpan dalam ingatan komputer. Jenis

kedua perlindungan data dikenali juga sebagai

keselamatan data .

UMUM 
JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARAOrganisasi yang ditubuhkan bagi melindungi hidupan liar di Malaysia.PERTANIANInstitusi/Organisasi
KHEMAH

Khemah ialah tempat perlindungan mudah

alih yang digunakan oleh pekhemah-pekhemah

untuk berlindung daripada cuaca dan serangga.

Kebanyakan khemah terdiri daripada sebuah

rangka yang diperbuat daripada kayu, kaca

gentian, atau logam dengan sarung dan lantainya

daripada nilon, kanvas dan kain kapas.

Khemah dibuat dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Ia mungkin sebuah khemah model kecil untuk

seorang pekhemah hinggalah kepada sebuah kabin

yang besar yang boleh memuatkan enam orang

dewasa.

UMUM 
KASUT

Kasut ialah perlindungan luar untuk kaki. Kasut

mempunyai tapak dan kebanyakan kasut juga

mempunyai tumit. Bahagian atas kebanyakan kasut

lebih tinggi daripada pergelangan kaki. But ialah

kasut yang menjangkaui pergelangan kaki.

UMUM 
SARUNG TANGAN

Sarung tangan ialah penutup perlindungan

atau penutup berhias untuk tangan. Sarung tangan

mempunyai sarung yang berasingan untuk setiap

jari. Perkataan glove berasal daripada perkataan

Anglo-Saxon, ‘glof’ yang bermaksud tapak tangan.

UMUM 
KOKUN

Kokun ialah selaput perlindungan yang menyaluti

pupa dan kadangkala larva banyak serangga.

UMUM 
PERTAHANAN AWAM

Pertahanan awam juga dikenali sebagai

perlindungan awam , ialah program yang dibiayai

oleh kerajaan, untuk menyelamatkan nyawa dan

harta benda jika musuh menyerang sesebuah

negara ketika perang. Ia juga menyediakan

pasukan penyelamat dan bantuan kecemasan

untuk orang ramai yang menderita akibat bencana

alam seperti banjir, angin ribut, gempa bumi,

gunung berapi, kebakaran, dan letupan.

Pertubuhan pertahanan awam juga merangka

rancangan untuk mengurangkan kesan buruk yang

disebabkan oleh kejadian pemberontakan seperti

pengeboman dan pencemaran yang teruk atau

kemalangan nuklear.

UMUM 
PELARIAN POLITIKSeseorang yang melarikan diri ke negara asing untuk mendapatkan perlindungan daripada ditahan oleh pemerintah di negaranya sendiri.UNDANG-UNDANGKonsep
PERUMAHAN

Perumahan ialah apa jua bentuk bangunan yang

menyediakan perlindungan kepada manusia. Dalam

erti kata yang lebih umum, perumahan ialah

peruntukan perumahan terancang yang mengambil

kira soal perancangan bandar dan khidmat

masyarakat yang dapat memberikan satu suasana

penghidupan yang baik.

UMUM 
PERISAI

Perisai ialah sejenis balutan yang digunakan

khusus untuk perlindungan ketika dalam

peperangan. Sejak berabad-abad lamanya, bahan

seperti kulit haiwan, gangsa, dan keluli telah

digunakan untuk membuat perisai. Hari ini,

perisai digunakan terutamanya pada kapal, kereta

kebal, dan juga kenderaan tentera yang lain.

UMUM 
12345

Kembali ke atas