PERLOMBONGAN ALUVIUM | Cara melombong bijih yang melibatkan bahan aluvium. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
PERLOMBONGAN | Perlombongan ialah proses mengeluarkan mineral dan bahan-bahan lain dari dalam bumi. Bahan ini termasuk sebatian logam, bukan mineral seperti batu arang, pasir, minyak, gas asli, dan banyak bahan lain yang berguna. | UMUM | |
PERLOMBONGAN BESI | PERLOMBONGAN BESI, kegiatan melombong bijih besi secara kecil-kecilan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Pada masa itu, hasil bijih besi hanya untuk kegunaan tempatan sahaja. Pada tahun 1921, bijih besi mula dieksport kerana mendapat permintaan yang menggalakan dari Jepun yang sedang mengembangkan industri besi dan keluli. Pada masa itu juga sebuah syarikat perlombongan Jepun, Ishihara Sangyo, memonopoli pengeluaran besi di Johor dan Terengganu. Hasil eksport bijih besi pada tahun 1921 berjumlah 74 250 tan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
PERLOMBONGAN EMAS | PERLOMBONGAN EMAS, kegiatan melombong emas di negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu. Negeri-negeri yang dikenali telah mengeluarkan emas ialah Pahang, Perak, Kelantan, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu diketahui telah memberikan hadiah yang diperbuat daripada emas dalam bentuk barang buatan ataupun bungkalan. Walau bagaimanapun, tiada rekod tertentu dan lengkap dibuat tentang hasil emas ini kecuali pada tahun 1935. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
PERLOMBONGAN ANTIMONI | PERLOMBONGAN ANTIMONI, kegiatan melombong antimoni di Sarawak, terutama di kawasan Sambas dan Bahagian Kuching. Sebelum Sarawak ditadbirkan oleh keluarga Brooke, pembesar-pembesar Brunei yang menguasai Sarawak telah menggunakan kaum peribumi untuk mengerjakan lombong antimoni. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH | PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH, kegiatan melombong yang diusahakan oleh orang Melayu secara komersial sejak zaman purba, sehinggalah ia diambil alih oleh pelombong Cina dan British dengan bertapaknya penjajahan British pada akhir abad ke-19 di Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
ASHFIELD | Ashfield (pend. 106 800) ialah kawasan perlombongan batu arang di Nottinghamshire, England. Ashfield ialah daerah kerajaan tempatan, yang termasuk bandar Hucknall, Kirkby di Ashfield, dan Sutton di Ashfield. Industri penting di bandar-bandar ini termasuk kejuruteraan dan pengeluaran perabot, hosieri, dan tekstil. Sesetengah kampung perlombongan batu arang seperti Selston diperikan dalam novel D.H Lawrence (lihat Lawrence, D.H. ) | UMUM | |
TAXCO | Taxco (pend. 86 864) ialah bandar perlombongan perak yang bersejarah lebih kurang 110 kilometer ke barat daya Mexico City. Nama rasminya ialah Taxco de Alarcón. Untuk lokasi, lihat Mexico (peta politik). | UMUM | |
LIGHTNING RIDGE | Lightning Ridge ialah pusat perlombongan opal yang terletak di kawasan tengah, utara New South Wales, Australia. Ia terletak lebih kurang 770 kilometer dari Sydney, 75 kilometer ke utara Walgett, dan 50 kilometer ke selatan sempadan Queensland. Ia adalah lombong opal yang paling produktif di New South Wales dan sumber terbesar opal hitam (batu baiduri) yang berkualiti tinggi di dunia. | UMUM | |
SAN LUIS POTOSÍ | San Luis Potosí (pend. 489 238) ialah pusat perladangan dan perlombongan di kawasan tengah Mexico. Bandar ini terletak 362 kilometer di barat laut Mexico City dan menjadi ibu negeri San Luis Potosí. Untuk lokasi San Luis Potosí, lihat Mexico (peta politik). | UMUM | |