Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lu.cu.tan] | ڤرلوچوتن

Definisi : pelucutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perlucutan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERLUCUTAN SENJATA

Perlucutan senjata adalah penghapusan,

pengurangan, atau pembatasan angkatan bersenjata

sesebuah negara. Perlucutan senjata biasanya hanya

dapat dicapai melalui persetujuan antarabangsa.

Tidak ada negara yang digalakkan melepaskan

keseluruhan keupayaannya untuk mempertahankan

diri atau menyerang negara musuh secara

ketenteraan. Akibatnya, persetujuan perlucutan

senjata sebenarnya adalah persetujuan untuk

mengawal senjata.

UMUM 
MYRDAL, ALVA REIMER

Myrdal, Alva Reimer (1902–1986) ialah

diplomat Sweden dan ahli sosiologi. Dia menjadi

popular kerana menggalakkan perlucutan senjata

nuklear dan keamanan dunia. Dari tahun 1962

hingga tahun 1973, dia mengetuai delegasi

Sweden ke Persidangan Perlucutan Senjata

Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland.

Myrdal berkongsi Hadiah Nobel Keamanan pada

tahun 1982 dengan Alfonso Garcia Robles dari

Mexico. Dia menulis The Game of Disarmament

(1976) dan War, Weapons, and Everyday Violence

(1977), beberapa buah buku lain dan beberapa

artikel tentang perlucutan senjata.

Myrdal lahir di Uppsala, Sweden. Dia lulusan

dari University of Stockholm dan menerima ijazah

sarjana dari University of Uppsala. Myrdal

menjadi duta wanita pertama Sweden. Suaminya,

Gunnar Myrdal ialah ahli sosiologi dan ekonomi.

UMUM 
KAWALAN SENJATA

Kawalan senjata lihat Perlucutan senjata.

UMUM 
PERSIDANGAN WASHINGTON

Persidangan Washington ialah mesyuarat yang

diadakan di Washington, D.C., bagi membincangkan

perlucutan senjata tentera laut dan masalah tertentu

yang melibatkan Asia Timur. Mesyuarat tersebut

berlangsung dari bulan November 1921 hingga bulan

Februari 1922. Negara yang menghadiri mesyuarat

tersebut ialah Belgium, China, Perancis, Great Britain,

Itali, Jepun, Belanda, Portugal, dan Amerika Syarikat.

UMUM 
ZUCKERMAN, LORD

Zuckerman, Lord (1904–1993) ialah ketua

penasihat sains kerajaan United Kingdom dari

tahun 1964 hingga tahun 1971. Tugas utamanya

ialah menasihati setiausaha luar tentang perlucutan

senjata dari sudut sains. Pada masa yang sama, dia

bertindak sebagai ketua penasihat sains kepada

setiausaha negara bagi pertahanan.

UMUM 

Kembali ke atas