Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mo.da.lan] | ڤرمودلن

Definisi : ; syarikat ~ syarikat yg mena­nam modalnya dlm perniagaan atau per­usahaan lain utk mendapat keuntungan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mo.da.lan] | ڤرمودلن

Definisi : segala hal atau urusan yg berkaitan dgn modal; perihal bermodal; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata permodalan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERMODALAN NASIONAL BERHAD

Permodalan Nasional Berhad, institusi

pelaburan saham amanah yang terbesar di

Malaysia . PNB ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia

pada 17 Mac 1978 di bawah Akta Syarikat. Modal

sebenar PNB berjumlah RM200 juta, manakala

modal berbayar sebanyak RM100 juta. Ibu pejabat

PNB terletak di Menara PNB, Jalan Tun Razak,

Kuala Lumpur . Penubuhan PNB bertujuan untuk

melaksanakan matlamat Dasar Ekonomi Baru

(DEB) dari segi penyusunan semula masyarakat

dengan meningkatkan pegangan ekuiti

bumiputera dalam sektor korporat dan

membasmi kemiskinan. PNB merupakan anak

syarikat Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB).

UMUM 
PNBPNB, institusi pelaburan saham amanah terbesar di Malaysia. PNB ialah singkatan Permodalan Nasional Berhad. PNB ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 17 Mac 1978 di bawah Akta Syarikat sebagai sebuah anak syarikat Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB). Modal sebenar PNB berjumlah RM200 juta manakala modal berbayar sebanyak RM100 juta.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SEKIM AMANAH SAHAM NASIONALSEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL, skim saham amanah yang pertama yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Sekim Amanah Saham Nasional (Sekim ASN)  ditubuhkan dengan tujuan menggembleng tabungan kaum bumiputera termasuk golongan di luar bandar serta memupuk tabiat menabung di kalangan mereka. Sekim ASN dilancarkan secara rasmi pada 20 April 1981 oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia. Skim ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan telah membawa pulangan yang baik dan stabil dalam bentuk dividen dan bonus kepada para pelabur sejak penubuhannya. Skim ini adalah wahana utama kerajaan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat dan membantu membasmi kemiskinan di kalangan mereka selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SKIM AMANAH SAHAM NASIONAL

SKIM AMANAH SAHAM NASIONAL, skim saham amanah yang pertama yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Skim Amanah Saham Nasional (Skim ASN)  ditubuhkan dengan tujuan menggembleng tabungan kaum bumiputera termasuk golongan di luar bandar serta memupuk tabiat menabung di kalangan mereka. Skim ASN dilancarkan secara rasmi pada 20 April 1981 oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia. Skim ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan telah membawa pulangan yang baik dan stabil dalam bentuk dividen dan bonus kepada para pelabur sejak penubuhannya. Skim ini adalah wahana utama kerajaan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat dan membantu membasmi kemiskinan di kalangan mereka selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

SEJARAH DAN ARKEOLOGISistem
SKIM AMANAH SAHAM WAWASAN 2020

SKIM AMANAH SAHAM WAWASAN 2020, skim saham amanah yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk golongan yang berumur antara 12 tahun hingga 29 tahun.  Skim Amanah Saham wawasan 2020 (ASW 2020) terbuka kepada semua kaum dengan tujuan untuk mengukuhkan perpaduan nasional dan mendorong pembinaan bangsa Malaysia.  ASW 2020 dilancarkan secara rasmi pada 28 Ogos 1996 oleh Dato’ Seri Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, selaku Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA, skim saham amanah untuk kaum bumiputera dengan harga tetap RM1 seunit yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Skim Amanah Saham Bumiputera (Skim ASB) ditubuhkan pada tahun 1990 setelah Sekim Amanah Saham Nasional (Skim ASN) diurus niaga mulai 1 Januari 1991.  Skim ASB tidak menggantikan Skim ASN, tetapi ia adalah skim tambahan dengan ciri dan struktur yang sama seperti ASN dengan pelaburan maksimum sebanyak        RM100 000.  Penubuhan Skim ASB membolehkan kaum bumiputera terus bergiat dalam pelaburan saham amanah dengan risiko paling minimum di samping terus melabur dalam Skim ASN.  Skim ASB merupakan skim saham amanah yang terbesar di Malaysia dengan pemegang saham berjumlah 4.52 juta orang dan pelaburan berjumlah RM25 bilion pada 31 Disember 1996.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
YAYASAN PELABURAN BUMIPUTERAYAYASAN PELABURAN BUMIPUTERA, sebuah institusi pelaburan yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia.  Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) ditubuhkan di Kuala Lumpur pada bulan Januari 1978 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Hussein Onn, pada 14 April 1978.  Penubuhan yayasan ini khusus untuk menggembleng tabungan bumiputera bagi meningkatkan pemilikan ekuiti mereka dalam sektor ekonomi moden untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera.  YPB melalui anak syarikat milik penuhnya, iaitu Permodalan nasional Berhad (PNB) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), menjadi alat penting bagi pelaksanaan matlamat serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum menurut fungsi ekonomi.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas