DEWAN PERNIAGAAN | Dewan Perniagaan ialah persatuan ahli peniaga yang menggalakkan kepentingan ahlinya dan perniagaan secara am. Dewan perniagaan ditubuhkan di pekan, bandar, daerah dan negeri. Bagi kebanyakan negara Eropah, dewan perniagaan merupakan agensi rasmi, yang ditanggung oleh cukai. Dewan perniagaan kadangkala dikenali sebagai lembaga perdagangan, persatuan saudagar, atau persatuan perniagaan. International Chamber of Commerce mempunyai ahli daripada persatuan dan syarikat perniagaan di seluruh dunia. | UMUM | |
PERNIAGAAN | Perniagaan, termasuk kesemua kegiatan pengeluaran barang dan perkhidmatan secara komersial. Pengeluar terdiri daripada kedai kecil yang dimiliki oleh orang perseorangan sehingga kepada organisasi besar yang dimiliki oleh beribu- ribu pemegang saham. Perkataan perniagaan boleh merujuk kepada pengeluar barang atau perkhidmatan yang sama, seperti perniagaan pakaian , perniagaan hiburan, atau perniagaan insurans . Perusahaan perniagaan oleh individu juga boleh dipanggil sebagai perniagaan. | UMUM | |
PERSATUAN PERDAGANGAN | Persatuan perdagangan ialah sebuah organisasi yang bukan bermatlamatkan keuntungan dan mewakili sekumpulan firma perniagaan. Syarikat perniagaan menyertai kesatuan masing-masing secara sukarela dan menguruskannya secara bekerjasama. Syarikat di dalam sebuah kesatuan perdagangan akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat yang tidak dapat dilakukan secara bersendirian. | UMUM | |
KITARAN PERNIAGAAN | Kitaran perniagaan ialah pola aktiviti perniagaan bagi ekonomi sesebuah negara. Aktiviti ini meningkat atau menurun dari semasa ke semasa. | UMUM | |
PERNIAGAAN TANI | Perniagaan tani ialah kumpulan industri yang terlibat dalam pengeluaran, pengangkutan, pemprosesan, pengedaran, dan penjualan hasil ladang. Ia juga melibatkan perniagaan yang membekalkan petani dengan barangan dan perkhidmatan seperti jentera, benih, baja, bahan kimia pertanian, kredit, dan maklumat pengurusan. | UMUM | |
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYA | DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYA, gabungan Dewan-dewan Perniagaan Melayu seluruh Malaya, ditubuhkan pada tahun 1956, bertujuan untuk memperjuangkan matlamat dan hak para peniaga Melayu di negara ini. Penubuhan Dewan Perniagaan Melayu Malaya juga adalah selaras dengan perkembangan dunia perniagaan golongan bumiputera sendiri dan mereka menyedari keperluan sebuah dewan perniagaan bagi golongan bumiputera. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU MALAYSIA | DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU MALAYSIA, nama baharu bagi Dewan Perniagaan Melayu Malaya. Dewan Perniagaan dan Melayu Malaysia (DPPMM) ditubuhkan pada tahun 1974, merupakan gabungan Gabungan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (GDPMM) yang telah ditubuhkan sejak tahun 1965. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
AZMAN HASHIM, TAN SRI | Azman Hashim, Tan Sri (1939– ), tokoh korporat terkenal di Malaysia dalam bidang perniagaan melalui entiti perniagaan yang dimilikinya iaitu Arab-Malaysian Merchant Bank dan Arab-Malaysian Corporation (AMCORP). | UMUM | |
RESTORAN | Restoran ialah tempat perniagaan yang menyajikan makanan dan minuman kepada orang awam. Pada mulanya, restoran menjalankan perniagaan di tepi jalan, tempat pengembara berehat dan memulihkan tenaga. Perkataan restouran berasal daripada perkataan Latin restaurare , yang bermakna to restore (memulihkan semula). Hari ini, restoran terdapat di merata-rata tempat – di jalan yang sunyi dan jalan yang sibuk; hotel; lapangan terbang, stesen bas, dan stesen kereta api; taman hiburan; dalam bangunan pejabat; dan juga pusat membeli-belah. | UMUM | |
KOPERASI | Koperasi ialah sejenis perniagaan yang dimiliki oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan perniagaan itu sendiri. | UMUM | |