Plumbum , unsur kimia yang berat, berwarna kelabu kebiruan, adalah satu daripada logam yang paling lama diketahui di dunia. Simbol kimianya, Pb, berasal daripada perkataan Latin, plumbum . Manusia telah menggunakan plumbum ribuan tahun dahulu sebagai bahan binaan, bahan untuk perpaipan air dan membuat tembikar serta objek lain. Kini, plumbum adalah penting kepada banyak industri, terutamanya industri yang menghasilkan bahan kimia, tenaga nuklear dan petroleum. |