DANGSA | DANGSA, tarian yang amat popular di kalangan orang Melayu Cocos yang tinggal di Pulau Cocos, Australia dan di Sabah. Tarian ini biasanya ditarikan dalam majlis keramaian oleh pasangan lelaki dan wanita, dan dikatakan mempunyai persamaan dengan sejenis tarian dari Scotland. Lenggang-lenggoknya mempunyai persamaan dengan tarian Sumazau di Sabah. Pakaian yang sesuai untuk tarian ini ialah ‘kebanyak’ untuk wanita dan ‘baskat’ untuk lelaki. 1"> | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
DALING-DALING | DALING-DALING, tarian suku kaum Bajau di Semporna dan suku kaum Suluk di Sandakan, Sabah; dipercayai berasal dari Pulau Mindanao. Tarian ini dibawa oleh orang Suluk yang berhijrah ke Sabah. Disebabkan ada persamaan antara orang Suluk dengan Bajau Laut dari segi adat resam, agama, budaya dan kesenian, wujudlah asimilasi dan saling pengaruh-mempengaruhi sehingga tarian ini seolah-olah menjadi milik suku kaum bajau. 1"> | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
KEKERABATAN MELAYU | KEKERABATAN MELAYU, amalan sistem kekerabatan dwisisi dan sistem kekerabatan senasab (nasab ibu) di kalangan orang Melayu. 1"> Pada umumnya, orang Melayu mengamalkan sistem kekerabatan dwisisi (bilateral/cognatif system), kecuali bagi mereka yang tinggal di Negeri Sembilan dan di beberapa tempat di Melaka. Penduduk di kedua-dua negeri berkenaan mengamalkan sistem kekerabatan senasab variasi nasab ibu (matrilineal system). Sistem sosial yang berasaskan prinsip nasab ibu ini lebih dikenal dengan nama sistem sosial adat perpatih, sedangkan sistem sosial yang berasaskan prinsip kekerabatan dwisisi, secara umumnya lebih dikenal dengan sistem sosial adat temenggung. Walau bagaimanapun, pengaruh sistem kekerabatan Islam ketara sekali hingga terdapat banyak persamaan dalam kedua-dua sistem kekerabatan Melayu yang dimaksudkan. | BUDAYA | Kekerabatan |
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK | ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam. 1"> Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan. Merisik1"> Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok. 1"> | BUDAYA | Konsep |
KESEIMBANGAN KIMIA | Keseimbangan kimia ialah keadaan seimbang yang tercapai apabila tindak balas kimia kelihatan terhenti. Tindak balas ini biasanya ditunjukkan dengan menulis persamaan kimia yang mempunyai dua anak panah.
|