PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN | PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN, persatuan negeri. Persatuan ini ditubuhkan pada 9 September 1939. Ia ditubuhkan ekoran daripada berita-berita akhbar yang mengalu-alukan penubuhan persatuan-persatuan negeri Melayu yang lain seperti Perak, Selangor dan Pahang sebagai satu usaha menyatukan dan membela nasib orang Melayu di negeri masing-masing. Persatuan ini ditubuhkan setelah mendapat penerangan yang jelas daripada Tengku Ismail Hussin, Presiden Persatuan Melayu Selangor, yang berceramah pada 1 September 1938 di Kuala Pilah, Negeri Sembolan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
PERSATUAN BAHASA MODEN MALAYSIA | PERSATUAN BAHASA MODEN MALAYSIA, persatuan bahasa. Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur. Persatuan ini dianggotai oleh penyelidik, guru dan pengamal berbagai-bagai-bagai bahasa moden yang ada dan diajarkan di beberapa insitutisi pendidikan di Malaysia, iaitu di Universiti, Institut Teknologi MARA, dan pusat-pusat pengajaran bahasa swasta. Setakat ini bahasa yang di bawah naungan persatuan bahasa berkenaan ialah bahasa Arab, Belanda, Burma, Cina, Filipina, Iban, Inggeris, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Melayu, Perancis, Portugsi, Rusia, Sepanyol, Tamil Thai dan Urdu. Pada 1 November 1989, keahliannya meluas di seluruh Semenanjung. Sabah dan Sarawak. | BAHASA | Persatuan |
PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN | PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN, pertubuhan yang berusaha mengembangkan kegiatan seni khat Islam di Malaysia. Persatuan ini juga dikenal sebagai PSKK. Persatuan ini didaftarkan secara rasmi pada 25 Oktober 1989. sebelum penubuhannya, sebuah jawatankuasa sementara ditubuhkan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan, Petaling pada 18 Ogos 1985 bagi merangka perlembagaannya. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Mohammed Yusof Abu Bakar sebagai pengerusi, Syed Mahdar Shahab sebagai naib pengerusi, Haji Idris Salam sebagai setiausaha, Mahmood Haji Awang sebagai naib setiausaha dan Haji Bachok Haji Sayuti sebagai bendahari. Ahli jawatankuasanya pula terdiri daripada Ismail Haji Ishak, Wan Mohd, Yusof Wan Ali, Mohamed Nawai Yacob, Margilan HARP, Mohammad Abd.Ghani, Hussin Sulong, Zalika Khuzaimah Ngah dan Azmah Denan. 1"> PSKK ditubuhkan dengan tujuan antaranya untuk mengumpul dan menyatukan para penulis dan peminat | BUDAYA | Persatuan |
PERSATUAN ULAMA SELURUH ACEH | PERSATUAN ULAMA SELURUH ACEH, pertubuhan golongan ulama yang mempunyai tujua sosial dan politik di Aceh, Sumatera, Indonesia. Persatuan Ulama Seluruh Aceh (PUSA) ditubuhkan pada 5 Mei 1939 dalam satu musyawarah pada ulama yang diadakan di Matang Gelumpang Dua, Aceh. Dalam musyawarah ini, Teungku Muhammad Daud Beureueh dilantik sebagai ketua 1, Teungku Abd. Rahman Meunasah Meucap sebagai ketua II, Teungku M. Nur Ibrahimy sebagai setiausaha I, Teungku Ismail Yacub sebagai setiausaha II dan Teungku M. Amin sebagai bendahari. Ahli jawatankuasa pula terdiri daripada Teungku Abd. Wahab Samalanga, Teungku Syekh Haji Abdul Hamid, Teungku M. Daud, Teungku Usman Lampoh Awe dan Teungku Yahya Baden. Rata-rata pemimpin PUSA merupakan tokoh pejuang Aceh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
PENA | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENA, persatuan penulis. Nama penuh PENA ialah Persatuan Penulis Nasional Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan pada 12 Februari 1961, bertempat di Dewan Kuliah A, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. | SASTERA | Kegiatan |
PELITA | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PELITA, persatuan penulis. Nama penuh PELITA ialah Persatuan Sasterawan Muda Terengganu. PELITA ditubuhkan pada 15 April 1966 di Bangunan UMNO Kuala Terengganu dan mendapat pengesahan pendaftaran pertubuhan pada 25 Februari 1968. | SASTERA | Kegiatan |
KESATUAN MELAYU MELAKA | 1.7pt; mso-ansi-language: MS">KESATUAN MELAYU MELAKA1.7pt; mso-ansi-language: MS">, persatuan politik nasionalisme Melayu yang ditubuhkan di Melaka pada tahun 1927. Pemimpinnya terdiri daripada guru sekolah Melayu dan pegawai rendah kerajaan. Salah seorang pemimpin aktif kesatuan ialah Haji Talib Karim, Ketua Menteri Melaka (1970-an). Guru merupakan tenaga pemimpin yang utama di Melaka, kerana di Melaka tidak terdapat golongan pembesar tradisional seperti negeri Melayu yang lain. Sistem feudalisme Melayu telah hilang di Melaka sejak penjajahan Portugis pada tahun 1511. Akibatnya, sistem feudalisme atau tradisional masyarakat Melayu yang bermula di Melaka pada abad ke-15 telah berkembang ke negeri lain yang muncul selepas kejatuhan empayar Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PENULIS | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENULIS, majalah triwulan bercorak sastera, budaya dan ilmu pengetahuan. Majalah ini pertama kali diterbitkan pada bulan Januari 1964. Majalah ini diterbitkan oleh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). | SASTERA | Karya |
PEREDAR | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEREDAR, jurnal yang diterbitkan oleh Pakatan bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.). Siri Peredar bermula dari penerbitan Buku Tubuh Lembagaan dan Buku Undang-Undang serta Buku Kelantan yang bermula pada tahun 1936. Selepas itu barulah diterbitkan jurnal Peredar Angka 2. Penerbitan siri Peredar dilakukan setelah dihidupkan semula P.Bm.P.B.D. Persatuan ini telah dapat menerbitkan Peredar sebanyak 25 terbitan iaitu hingga bulan September 1941. Dalam siri Peredar yang telah diterbitkan terdapat pelbagai maklumat yang disiarkan merangkumi hal yang berkaitan dengan bahasa, kebudayaan, sejarah, pengembaraan dan lawatan, perjanjian, dan geografi. Antara perkara menarik yang disiarkan dalam jurnal Peredar ini ialah: | BAHASA | Karya |
PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA, bahagian pemuda atau ‘sayap kanan’ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Idea asal Dato’ Onn Jaafar ialah penubuhan pejabat Perkara-perkara Pemuda dan ia ditubuhkan secara rasmi pada bulan Mac 1947. Kemudian pejabat ini dikenal sebagai Pejabat Pemuda. Hussein Onn dilantik sebagai setiausaha kepada Pejabat Pemuda (yang juga dikenal sebagai Setiausaha Hal Ehwal Pemuda UMNO). Pada 26 Ogos 1949, bahagian pemuda ini dinaikkan taraf menjadi Perikatan Pemuda UMNO. Cogan katanya ialah ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang menjadi garis panduan untuk bergerak. Sekali lagi Hussein Onn dilantik sebagai Ketua Perikatan Pemuda UMNO. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |