TANAH PAYA ALLEN | Tanah paya Allen ialah kawasan seluas 970 kilometer persegi di tengah Ireland. Ia menjangkau dari kaunti Kildaire hingga sebahagian Laois, Offaly, dan Westmeath. Gambut yang digali dengan mesin dari rawa itu digunakan sebagai bahan api di stesen janakuasa tertentu. | UMUM | |
MERV | Merv ialah sebuah oasis di Asia Tengah. Keluasannya ialah 5000 kilometer persegi. Ia terletak di penara gurun di Turkmenistan (lihat Turkmenistan [peta]). | UMUM | |
NAURU | Nauru ialah negara pulau kecil di tengah Lautan Pasifik. Keluasannya hanya 21 kilometer persegi. Nauru ialah negara yang ketiga terkecil di dunia selepas Vatican City dan Monaco. Nauru kaya dengan fosfat – bahan kimia berharga yang digunakan untuk membuat baja tiruan. Eksport fosfat merupakan sebahagian besar pendapatan Nauru . | UMUM | |
SAHARA | Sahara ialah gurun yang terbesar di dunia. Ia meliputi kawasan seluas 9 juta kilometer persegi. Pemandangan gurun Afrika yang luas ini termasuk banjaran gunung, penara berbatu-batan, dataran berkelikir, dan tanah tandus berpasir. Gurun yang gersang itu terpisah hanya oleh tanah penanaman sepanjang Sungai Nil dan di oasis yang bertaburan. | UMUM | |
PULAU ELLESMERE | Pulau Ellesmere terletak di utara Greenland. Ia meliputi kawasan seluas 196 236 kilometer persegi dan pulau yang ke-10 besarnya di dunia. Ia mempunyai penduduk seramai 106 orang yang tinggal di beberapa petempatan. | UMUM | |
SUNGAI YENISEY | Sungai Yenisey mengalirkan air ke kawasan yang luasnya melebihi 2.6 juta kilometer persegi di Siberia, Rusia. Sungai ini mengalir sepanjang 4093 kilometer bermula dari Pergunungan Sayan di selatan Siberia ke muaranya di pantai Artik. Selepas melintasi kawasan Pergunungan Sayan, sungai ini mengalir ke arah utara. Ia memasuki Laut Kara melalui muara, 320 kilometer di sebelah timur Teluk Ob (Obskaya Guba). Kapal berkuasa stim boleh memudik sehingga 640 kilometer ke hulu Sungai Yenisey hingga ke pelabuhan balak Igarka. | UMUM | |
PULAU MANHATTAN | Pulau Manhattan ialah pusat perdagangan, kewangan, penerbitan, dan kebudayaan New York City. Setiap hari berjuta-juta manusia berulang-alik untuk bekerja di pejabat, kilang, kedai dan teater. Manhattan mempunyai penduduk seramai 1 428 285 orang dan kawasan seluas 62 kilometer persegi, termasuk 31 kilometer persegi kawasan air pedalaman. Pulau ini membentuk borough (daerah) Manhattan, kawasan terkecil di antara lima borough New York . Sungai East ialah sempadan timurnya, sementara Hulu Teluk New York terletak di selatan, Sungai Hudson di barat, dan Sungai Harlem dan Spunyten Duyvil Creek di utaranya. Jambatan, feri, dan terowong menghubungkan pulau ini dengan borough lain dan New Jersey. | UMUM | |
PERGUNUNGAN ADIRONDACK | Pergunungan Adirondack adalah sekumpulan gunung yang melitupi kawasan seluas 30 000 kilometer persegi di barat laut negeri New York. Pergunungan Adirondack terletak di sebelah barat Pergunungan Appalachian. Ramai pelancong dan ahli sukan mengunjungi Pergunungan Adirondack untuk melihat hidupan liar dan menyaksikan pemandangan yang indah. Kawasan ini mempunyai kira-kira 100 puncak gunung dan hampir separuh daripadanya mencapai ketinggian melebihi 1200 meter. Gunung Marcy ialah puncak tertinggi di negeri New York. Ketinggiannya 1629 meter. Puncak Algonquin mencapai ketinggian 1558 meter. Tasik Champlain dan Tasik George adalah antara ratusan tasik yang terdapat di kawasan itu. Tasik Saranac dan Tasik Placid merupakan tempat percutian yang terkenal. | UMUM | |
THESSALY | Thessaly ialah kawasan di bahagian utara Greek. Ia meliputi kawasan seluas 13 903 kilometer persegi dan jumlah penduduknya kira-kira 700 000 orang. Untuk lokasi lihat Greece (peta). Volos dan Larisa merupakan bandar terbesar di Thessaly. Tiga buah gunung di kawasan sempadan Thessaly, ialah Olympus , Pelion, dan Ossa, yang penting dalam sejarah dan legenda Yunani. | UMUM | |
TASIK GREAT SLAVE | Tasik Great Slave, salah satu tasik terbesar di Amerika, yang meliputi 28 438 kilometer persegi di wilayah barat laut Kanada. Ia terletak kira-kira 400 kilometer di timur Pergunungan Rocky. Air tasik itu kebanyakannya dari Sungai Slave. Saluran keluarnya menjadi permulaan Sungai Mackenzie yang besar. | UMUM | |