PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948) | Perjanjian Persekutuan (1948), perjanjian bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union . Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan Persekutuan dengan menggabungkan semua negeri-negeri Melayu, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang , Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu unit. Dengan itu terhapuslah konsep Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat, yang wujud sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah asas pembentukan negara Tanah Melayu yang merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963). | UMUM | |
PERSEKUTUAN AUSTRALIA | Persekutuan Australia terbentuk dari tahun 1901, apabila keenam-enam tanah jajahan Australia menjadi negeri-negeri Komanwel Australia. Sebelum tahun 1889, beberapa kaedah penggabungan tanah jajahan tersebut telah dicuba, tetapi gagal. Pada tahun tersebut, Sir Henry Parkes, perdana menteri New South Wales, mendesak para penjajah tersebut supaya membentuk sebuah kerajaan pusat. Pada tahun 1890-an, banyak percubaan untuk membentuk sebuah persekutuan menemui kegagalan. Para perwakilan jajahan tersebut bersidang pada tahun 1891, 1893, 1898, dan 1899. Pada tahun 1899, sebuah jawatankuasa penggubal merangka Perlembagaan Persekutuan dan penduduk Australia mengundi untuk membentuk sebuah persekutuan. Duke of York, kemudian bergelar Raja George V, mengisytiharkan Komanwel Australia pada 1 Januari 1901. | UMUM | |
PERJANJIAN PERSEKUTUAN | PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948), perjanjian bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union. Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan Persekutuan dengan menggabungkan semua negeri-negeri Melayu iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu unit. Dengan itu, terhapuslah konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat, yang wujud sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah asas pembentukan negara Tanah Melayu yang merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN (FELCRA) | Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) ialah badan berkanun yang terletak di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Ia ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. FELCRA ialah singkatan daripada Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority. | UMUM | Umum |
MINSK | Minsk (pen. 1 442 000) ialah ibu negara Belarus. Pada tahun 1991, Minsk menjadi ibu pejabat Komanwel Negara-negara Merdeka, iaitu sebuah persekutuan negara-negara yang dahulunya dikenali sebagai bekas republik Kesatuan Soviet. Minsk terletak di tebing Sungai Svisloch. Untuk lokasinya, lihat Belarus (peta). | UMUM | |
PERLEMBAGAAN AUSTRALIA | Perlembagaan Australia diisytiharkan pada 1 Januari 1901 apabila keenam-enam koloni yang berasingan bergabung bagi membentuk Komanwel Australia. Lihat Perlembagaan; Persekutuan Australia. | UMUM | |
SURUHANJAYA REID | Kapsyen1"> :1"> Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955 SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SURUHANJAYA COBBOLD | Kapsyen1"> :1"> Anggota Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold (tengah) SURUHANJAYA COBBOLD, suruhanjaya untuk mengkaji pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan penubuhan Malaysia dan menggubal Perlembagaan Malaysia. Suruhanjaya ini ditubuhkan pada bulan Januari 1962. Suruhanjaya Cobbold dipengerusikan oleh Lord Cobbold dengan ahlinya Sir Anthony Abell, bekas gabenor Sarawak; Sir Edward Watherston, bekas Ketua Setiausaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu; Datuk Wong Pow Nee dan Muhammad Ghazali Shafie, kedua-duanya pegawai Tanah Melayu. Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya di Sabah dan Sarawak dari 20 Februari hingga 18 April 1962 dan laporannya dikeluarkan pada bulan Jun 1962. Lebih daripada 4000 orang telah ditemu ramah dan sebanyak 2200 memorandum diterima dalam tempoh dua bulan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PELITA BAHASA MELAYU | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PELITA BAHASA Melayu, buku tatabahasa dan latihan penggunaan bahasa Melayu. Buku ini dikarang oleh Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dan diterbitkan oleh Pejabat Karang-Mengarang, Jabatan Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu. Pelita Bahasa Melayu Penggal I (PBM I) diterbitkan pada tahun 1940, Pelita Bahasa Melayu Penggal II (BM II) pada tahun 1946 dan Pelita Bahasa Melayu Penggal III (PBM III) pada tahun 1947. Ketiga-tiga penggal itu telah dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1962. Penggal I dicetak semula sebanyak tiga kali, dan yang terakhirnya pada tahun 1965. | BAHASA | Penerbitan |
BULAN MELAYU | BULAN MELAYU, majalah untuk kaum wanita yang pertama di Tanah Melayu. Majalah pengetahuan am ini mula diterbitkan pada tahun 1 Jun 1930 oleh Persekutuan Guru-guru Perempuan Melayu Johor yang beribu pejabat di Johor Bahru. | SASTERA | Kitab |