PERSIDANGAN PARIS | Persidangan Paris. Banyak persidangan antarabangsa berlangsung di Paris, Perancis. Tetapi istilah Persidangan Paris itu biasanya merujuk Persidangan Damai Paris tahun 1919 ataupun Persidangan Paris tahun 1946. | UMUM | |
PERSIDANGAN PAN-AMERIKA | Persidangan Pan-Amerika ialah pertemuan perwakilan daripada negara Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pertemuan ini juga dikenali sebagai Persidangan Antara-Amerika . Dalam persidangan ini, negara-negara di benua Amerika akan berusaha mewujudkan hubungan yang baik sesama mereka. | UMUM | |
PERSIDANGAN KESELAMATAN DAN KERJASAMA DI EROPAH | Persidangan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (Conference on Security and Cooperation in Europe – CSCE) ialah siri persidangan yang diadakan untuk meningkatkan kerjasama di antara negara-negara Timur dengan Barat Eropah. Sehingga akhir tahun 1991, peserta persidangan ini ialah Kesatuan Soviet dan semua negara di Eropah, termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun 1991, Kesatuan Soviet berpecah dan menjadi beberapa buah negara yang merdeka. Sejak itu, Rusia menduduki kerusi Kesatuan Soviet, dan negeri- negeri yang dahulunya bernaung di bawah Kesatuan Soviet juga telah menyertai CSCE. Sebahagian daripada negara-negara tersebut adalah di Asia Barat dan Asia Tengah. Kini, kira-kira 50 buah negara secara rasmi menyertai CSCE. | UMUM | |
PERSIDANGAN POTSDAM | Persidangan Potsdam ialah perjumpaan terakhir di kalangan pemimpin Kesatuan Soviet, United Kingdom dan Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II (1939–1945). Persidangan tersebut diadakan di Potsdam, berhampiran Berlin, Jerman. Ia bermula pada 17 Julai 1945, kira-kira dua bulan selepas kekalahan pihak Jerman dalam peperangan tersebut. Turut hadir di majlis pembukaan itu ialah Presiden Amerika Syarikat, Harry S. Truman, Perdana Menteri Britain, Winston Churchill, dan Perdana Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin. Clement Attlee menggantikan Winston Churchill sebagai perdana menteri pada 26 Julai 1945, dan mewakili United Kingdom dalam persidangan seterusnya yang berakhir pada 2 Ogos 1945. | UMUM | |
PERSIDANGAN LOCARNO | Persidangan Locarno, menghasilkan Pakatan Keselamatan Rhineland dan enam perjanjian lain. Pada bulan Oktober 1925, perwakilan daripada tujuh buah negara Eropah bertemu di Locarno, Switzerland untuk membincangkan rancangan mengekalkan keamanan di Eropah. Belgium, Czechoslovakia, Perancis, Jerman, Britain, Itali dan Poland menghantar wakil ke persidangan tersebut. Masalah yang paling penting dalam persidangan ini adalah untuk mencari penyelesaian antara Perancis dengan Jerman. Selepas Perang Dunia I, pertama kali persidangan itu menerima Jerman sebagai sebuah negara sahabat. Apabila persidangan ini tamat pada 16 Oktober 1925, para perwakilan bersetuju menandatangani tujuh perjanjian. | UMUM | |
PERSIDANGAN TEHRAN | Persidangan Tehran ialah mesyuarat pertama pemimpin utama negara Berikat semasa Perang Dunia II. Pemimpin-pemimpin ini dikenali sebagai Tiga Kuasa Besar, iaitu Perdana Menteri Great Britain , Winston Churchill; Presiden Amerika Syarikat, Franklin Delano Roosevelt; dan Perdana Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin. Mesyuarat ini juga ialah persidangan kemuncak yang pertama melibatkan ketua-ketua Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat. Persidangan ini diadakan dari 28 November hingga 1 Disember 1943, di Tehran, ibu negara Iran. | UMUM | |
PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM | Pertubuhan Negara Islam | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
PERSIDANGAN AFRO-ASIA | PERSIDANGAN AFRO-ASIA, persidangan pertama negara-negara Asia dan Afrika. Persidangan ini diadakan di Bandung, Indonesia pada 18 hingga 24 April 1955. Sebanyak 29 buah negara Asia dan Afrika mewakili persidangan ini, Asia diwakili oleh Afghanistan, Arab Saudi, Burma, Kemboja, Ceylon, China, India, Indonesia, Iran, Jepun, Jordan, Laos, Lebanon, Nepal, Pakistan, Filipina, Syria, Thailand, Turki, Vietnam Utara, Vietnam Selatan dan Yaman. Negara-negara Afrika yang hadir ialah Ethiopia, Gold Coast, Liberia, Libya, Mesir dan Sudan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU | PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU, persidangan yang menilai serta mengkaji kedudukan dan perkembangan semasa dalam berbagai-bagai-bagai aspek bidang pengajian Melayu. Persidangan ini berlangsung dari 21 hingga 23 Ogos 1989 bertempat di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Persidangan yang bertemakan “Melayu: Persoalan Warisan dan Kini”, menyatakan pentingnya kepekaan terhadap kesinambungan perkembangan dunia Melayu dari dahulu hingga kini. | BAHASA | Peristiwa |
PERSIDANGAN YALTA | Persidangan Yalta ialah salah satu mesyuarat yang paling penting bagi para pemimpin utama pihak Bersekutu semasa Perang Dunia II (1939–1945). Pemimpin ini terdiri daripada Presiden Franklin D. Roosevelt dari Amerika Syarikat, Perdana Menteri Winston Churchill dari Great Britain, dan Perdana Menteri Joseph Stalin dari Kesatuan Soviet. Negara- negara tersebut dikenali sebagai “ Tiga Kuasa Besar”. Rundingan itu diadakan di Yalta, tempat peranginan Laut Hitam yang terkenal di Krimea, dari 4 hingga 11 Februari 1945. | UMUM | |