MASJIDILAQSA | Masjidilaqsa ialah kiblat pertama umat Islam dan tanah haram ketiga serta tempat persinggahan Rasulullah SAW ketika Mikraj, juga tempat sembahyang semua nabi pada malam Israk. | UMUM | |
PULAU TIOMAN | PULAU TIOMAN, tempat persinggahan kapal perdagangan pada masa dahulu. Pulau ini terletak di pantai timur, Pahang. Kajian arkeologi, filologi dan sejarah membuktikan fungsi pulau ini dan keadaan masyarakatnya. Sejak abad ke-10, pulau ini disinggahi oleh bahtera purba yang belayar di antara negeri China dengan India. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KETIADAAN TEMPAT BERTEDUH | Ketiadaan tempat berteduh ialah satu keadaan bagi seseorang yang tidak mempunyai alamat yang tetap. Mereka yang tiada tempat berteduh ini biasanya tinggal di bangunan-bangunan yang terbiar, di bawah jambatan, stesen bas, hotel-hotel murah, tempat persinggahan kecemasan dan jalanan. | UMUM | |
KLANG | KLANG salah sebuah petempatan lama di Semenanjung Tanah Melayu. Asal usul nama Kelang berkait rapat dengan kedudukan Kelang sebagai pelabuhan dan tempat persinggahan para pedagang dan perantau. Berbagai-bagai nama dapat dikesan seperti Clang, Clan, Callangh, Calangh, Callang dan lain-lain. Pada masa ke-15 dan abad ke-16, khususnya dalam hikayat-hikayat Melayu, ada menyebut tentang nama Raden Kelang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
LAMURI | LAMURI, negeri yang meliputi kawasan barat laut Sumatera dan terletak di sekitar daerah Kutaraja, Aceh, Indonesia. Sumber Arab (850-1150) mencatatkan Lamuri sebagai Ar-Ramni atau Ar-Ramini. Menurut Abu Zaid Hassan (916 M), kawasan ini terletak dalam kawasan kerajaan Maharaja Zabag. Lamuri amat terkenal dengan pokok kayu lidah buaya atau kelembak. Kedudukan Lamuri yang Strategik iaitu di jalan utama Selat Melaka menjadikannya pelabuhan persinggahan bagi para pedagang Arab sekurang-kurangnya seawal abad ke-10. Pada akhir abad ke-12, kapal dagang yang membawa kumpulan pedagang Cina telah pergi ke Lamuri dan berlabuh di pelabuhan Nan-P’o-Li (Pedir/Pedie) atau Sigli moden. Pada hujung abad ke-13, Marco Polo menyifatkan Lamuri sebagai salah sebuah daripada enam kerajaan yang terletak di utara Sumatera. Menurut catatan Chao Ju-Kua (1225), lamuri merupakan salah sebuah daripada 15 negeri yang diperintah oleh San-fo-chi (Sriwijaya). Kitab Negarakertagama (1365) pula telah memasukkan Lamuri dalam kawasan pemerintahan empayar Majapahit | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |