Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ten.ta.ngan] | ڤرتنتڠن

Definisi : 1. perihal bertentang, per­lawanan: ~ terhadap penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang mempunyai ~ politik dgn orang Turki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ten.ta.ngan] | ڤرتنتڠن

Definisi : 1 perbuatan atau hal bertentang. 2 hal bertentangan atau berlawanan; per­lawanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARDEN, JOHN

Arden, John (1930– ), penulis skrip Inggeris

yang menjadikan pertentangan antara seorang

rakyat biasa yang tidak mempunyai daya imaginasi

dengan seorang individu yang penuh dengan

imaginasi tetapi hidup dalam keadaan kucar-kacir

sebagai tema utamanya. Dia mengembangkan tema

itu dalam dramanya Live Like Pigs (1958) dan

Serjeant Musgrave’s Dance (1959). Arden lahir di

London. Dia terkenal kerana daya cipta teknik

dramanya. Dalam The Happy Haven (1960) semua

pelakon memakai topeng dan naratifnya dicelahi

dengan lagu dan tarian. Dramanya yang lain ialah All

Fall Down (1955), Armstrong’s Last Goodnight (1964),

The Bag Man (1970), Pearl (1978) dan To Put It

Frankly (1979).

UMUM 
ASOSIASI

Asosiasi dalam psikologi merujuk kepada satu

teori bagaimana kita mempelajari sesuatu. Tiga

hukum asosiasi teori ini cuba menjelaskan

bagaimana seseorang mengaitkan

pengalamannya. Hukum itu ialah (1) hukum

kehampiran, (2) hukum keserupaan, dan

(3) hukum pertentangan.

UMUM 
ABU TAMAM

Abu Tamam (190 H.?–231 H.?/806 M.?–846 M.?),

penyair yang terkemuka pada zaman kerajaan

Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Habib ibn ‘Aws al-

Ta’iy. Dikatakan bahawa bapanya bernama Tadarrus

yang dahulunya seorang Nasrani. Setelah memeluk

Islam, dia menukarkan namanya kepada Aws serta

hidup dalam Kabilah Tayy’. Sebenarnya, Abu Tamam

berasal daripada keturunan Arab. Dia lahir di Jasim,

iaitu salah sebuah perkampungan Hauran di Syam

yang terletak kira-kira 40 kilometer di selatan

Damsyik. Terdapat perselisihan pendapat tentang

tarikh lahirnya. Ada pendapat mengatakan bahawa

dia lahir pada 172 H. atau pada tahun 190 H. Begitu

juga terdapat pertentangan pendapat tentang tarikh

kematian, iaitu antara 228 H. dengan 231 H. Dia

dibesarkan di Syam dalam kehidupan yang miskin.

Dia bekerja sebagai penenun kain di Damsyik.

Kemudian dia berpindah ke Hims dan seterusnya

mengembara ke Mesir. Di sana, dia bekerja sebagai

pemberi minuman kepada orang ramai di Jami’ ‘Amr

ibn al-‘As. Dia sering kali menghadiri majlis sastera

dan ilmu. Pada zamannya, Abu Tamam mempelajari

ilmu-ilmu agama, bahasa Arab dan ilmu yang

diterjemah dalam bahasa Arab seperti ilmu mantik,

falsafah dan kata-kata hikmah. Dia memiliki

kecerdikan dan ingatan yang kuat di samping idea

yang bernas. Dia meninggal dunia di Mosul, Iraq.

UMUM 

Kembali ke atas