PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM | Pertubuhan-pertubuhan Islam ialah pertubuhan yang disertai oleh seluruh atau sebahagian negara-negara Islam. Di antaranya: | UMUM | |
PERTUBUHAN-PERTUBUHAN NEGARA TELUK | Pertubuhan-pertubuhan Negara Teluk adalah yayasan, majlis, perbadanan atau agensi yang disertai oleh negara-negara Teluk. Antaranya ialah: | UMUM | |
SEKOLAH KOIR | Sekolah koir adalah pertubuhan-pertubuhan di United Kingdom yang memberi tumpuan khas kepada pendidikan kanak-kanak lelaki yang menyanyi dalam koir di upacara keagamaan harian. Sesetengah sekolah ini mengambil hanya ahli koir (koir lelaki), tetapi kebanyakan yang lain juga menerima murid-murid lain. Semua murid mendapat pendidikan am yang baik. | UMUM | |
PERTUBUHAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU | Pertubuhan Pembangunan Industri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO–United Nations Industrial Development Organization) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) yang menggalakkan perindustrian di negara membangun. | UMUM | |
PERSATUAN SEKERJA | Persatuan sekerja di Zaman Pertengahan ialah persatuan orang yang mempunyai minat yang sama, atau terlibat dalam tugas yang sama. Mereka menubuhkan pertubuhan-pertubuhan amal, keagamaan, dan sosial. Ahli persatuan keagamaan membayar wang untuk tabung bersama. Ahli yang memerlukan pertolongan disebabkan sakit atau untuk kegunaan masa tua menerima bantuan yang dikenali sebagai sedekah. Persatuan ini mengadakan upacara mass (upacara orang yang beragama Katolik) untuk ahli yang meninggal dunia. Pada tahun 1500-an, aktiviti persatuan keagamaan ini disekat di England. | UMUM | |
PERTUBUHAN MAKANAN DAN PERTANIAN | Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Nama penuhnya ialah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Agensi ini berusaha untuk memperbaik pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan makanan dan lain-lain keluaran ladang, hutan dan perikanan di dunia. Matlamatnya termasuk meningkatkan paras pemakanan dan taraf hidup manusia, terutamanya orang miskin di luar bandar. Lebih kurang 160 negara menganggotai pertubuhan ini. | UMUM | |
PERTUBUHAN PEMBEBASAN PALESTIN | Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Pertubuhan ini merupakan wakil tunggal bangsa Arab Palestin yang berdaftar secara rasmi. Tujuan utama pertubuhan ini ialah mengembalikan bumi Palestin yang telah dirampas oleh Israel ke tangan mereka semula. Palestin merupakan tempat bersejarah yang penting kini; ia mengandungi Palestin yang telah dijajah semenjak tahun 1948 dan Tebing Barat, serta Semenanjung Gaza yang dijajah semenjak tahun 1967. | UMUM | |
PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA | Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization [WHO]) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pertubuhan ini membantu menubuhkan sistem kesihatan yang lebih baik di seluruh dunia, terutama di negara membangun. | UMUM | |
PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA (PLM) | Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), pertubuhan bahasa. Pertubuhan ini memperjuangkan bahasa melalui kegiatan bahasa dan mengeratkan perhubungan antara pengkaji dengan peminat bahasa. Antara kegiatan yang dijalankan oleh PLM ialah Hadiah Bahasa, Forum Remaja, Syarahan Raja Ali Haji, seminar, bengkel, ceramah, kursus bahasa dan penerbitan buku dan jurnal linguistik. | UMUM | |
PERTUBUHAN MARITIM ANTARABANGSA | Pertubuhan Maritim Antarabangsa (International Maritime Organization (IMO)) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggalakkan kerjasama di kalangan kerajaan dalam perkara yang melibatkan perkapalan antarabangsa. Pertubuhan ini, biasanya dikenali sebagai IMO (International Maritime Organization) yang berusaha untuk membentuk peraturan perkapalan antarabangsa bagi meningkatkan taraf keselamatan dan menghalang pencemaran yang berpunca daripada kapal. Ia juga menguruskan pertukaran maklumat tentang perkapalan lautan. | UMUM | |