AUSTRALIA, SISTEM PERUNDANGAN | Australia, Sistem perundangan. Sistem perundangan Australia sebahagian besarnya berdasarkan sistem perundangan England. Banyak undang-undang Australia kini berasal daripada undang-undang Inggeris yang dibawa oleh peneroka awal. Tetapi, Australia adalah persekutuan enam buah negeri. Dalam pengertian sebenar, Australia mempunyai beberapa sistem perundangan, bukannya satu. Ini kerana setiap negeri mempunyai sistem mahkamah negerinya sendiri dan mempunyai undang-undang yang hanya dilaksanakan di dalam negeri. Di samping itu, Australia mempunyai sistem mahkamah persekutuan dan undang-undang persekutuan yang dilaksanakan di seluruh negara. | UMUM | |
SENAT | Senat ialah salah satu daripada dua badan yang membuat undang-undang dalam kebanyakan badan perundangan. Dalam banyak badan perundangan ini, dewan perundangan yang satu lagi dikenali sebagai dewan perwakilan . Dalam kebanyakan kes, senat adalah dewan perundangan yang lebih kecil. Banyak negara mempunyai dewan perundangan Kebangsaan berserta senat, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis, Itali dan Republik Ireland. | UMUM | |
DEWAN PERWAKILAN | Dewan Perwakilan ialah salah satu daripada dua badan penggubal undang-undang bagi kebanyakan perundangan. Dewan perundangan yang lagi satu dikenali sebagai dewan senat atau dewan pertuanan, dan dewan perwakilan adalah yang terbesar antara dua dewan tersebut. | UMUM | |
PENYELESAIAN PERUNDANGAN | Penyelesaian pertikaian melalui peruntukan undang-undang. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
PERWAKILAN BERKADAR | Perwakilan berkadar ialah satu sistem memilih anggota dewan perundangan. Sistem ini dirangka untuk memberi parti politik dalam dewan perundangan kerusi menurut kadar bahagiannya daripada jumlah keseluruhan undi dalam pemilihan. Sistem ini juga menawarkan peluang kepada calon parti minoriti supaya dapat dipilih. Perwakilan berkadar mempunyai tiga ciri asas: (1) tiga orang atau lebih ahli dewan perundangan dipilih dari tiap-tiap daerah pada waktu yang sama; (2) kertas undi dikira dengan cara khas untuk memberikan setiap parti politik bahagian undi yang dibuang; dan (3) biasanya terdapat lebih daripada dua buah parti politik yang aktif. Unsur- unsur ini terdapat dalam Sistem Senarai dan Sistem Hare . | UMUM | |
MAHKAMAH TENTERA | Mahkamah tentera memutuskan kes perundangan yang berkaitan dengan anggota perkhidmatan bersenjata dan orang awam yang bekerja di pangkalan tentera. Mahkamah tentera mengikut kaedah perundangan yang biasa. Contohnya, banduan-banduan dianggap tidak bersalah sehingga terbukti kesalahannya secara terperinci dan diberi butir-butir pertuduhan terhadap mereka. Dalam kes yang lebih berat, banduan-banduan diberi peguam bela yang terlatih (biasanya tanpa dikenakan sebarang bayaran) dan diberi setiap kesempatan untuk menyediakan kes mereka sendiri. | UMUM | |
AMNESTI | Amnesti ialah pengampunan oleh kerajaan bagi jenayah yang telah dilakukan terhadapnya. Amnesti mengembalikan semula status perundangan pesalah kepada status perundangan mereka yang asal sebelum mereka melakukan jenayah tersebut. | UMUM | |
SAYAP KIRI | Sayap kiri ialah istilah yang bermaksud parti atau cabang kumpulan politik yang radikal. Istilah ini berasal daripada badan perundangan Perancis yang pertama selepas Revolusi Perancis. Perwakilan konservatif duduk di sebelah kanan speaker, sementara ahli majlis perundangan yang lebih bersifat radikal duduk di sebelah kiri. Kemudian, masyarakat seluruh dunia menggunakan istilah kiri dan kanan untuk menunjukkan dua pemahaman politik yang bertentangan, iaitu egalitarianisme radikal dan konservatisme. Pada umumnya, kumpulan berhaluan kiri menilai kesamaan lebih tinggi daripada kebebasan individu. Sebaliknya, kumpulan berhaluan kanan menganggap kebebasan lebih tinggi daripada kesamaan. Kini, kumpulan sayap kiri sering dikaitkan dengan sosialisme atau komunisme. | UMUM | |
QIYAS | Sumber keempat perundangan Islam yang disepakati oleh jumhur ulama sunnah. | AGAMA | Konsep |
IMPERIAL DIET | Merujuk kepada Majlis Badan Perundangan Negara Jepun atau lebih dikenali sebagai Japanese Kokai (Dewan kebangsaan) dan Teikoku Gikai (Dewan Imperial). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |