PERUNTUKAN DIRAJA | Peruntukan Diraja ialah akaun kewangan negara yang membiayai perbelanjaan pemerintahan beraja dan keluarga diraja di United Kingdom. Jumlahnya telah ditetapkan oleh Parlimen pada setiap permulaan raja memerintah. Sebagai balasan, exchequer menerima bayaran cukai tahunan daripada sebahagian tanah yang dimiliki oleh raja tersebut. Di bawah Akta Peruntukan Diraja 1975, perbendaharaan boleh menambahkan jumlah pembiayaan setiap tahun untuk menampung kos yang semakin meningkat. | UMUM | |
PENYELESAIAN PERUNDANGAN | Penyelesaian pertikaian melalui peruntukan undang-undang. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
PERUMAHAN | Perumahan ialah apa jua bentuk bangunan yang menyediakan perlindungan kepada manusia. Dalam erti kata yang lebih umum, perumahan ialah peruntukan perumahan terancang yang mengambil kira soal perancangan bandar dan khidmat masyarakat yang dapat memberikan satu suasana penghidupan yang baik. | UMUM | |
JENAYAH ANTARABANGSA | Jenayah antarabangsa, perlakuan yang dianggap sebagai jenayah menurut peruntukan undang-undang antarabangsa. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
PERLEMBAGAAN BRITISH | Perlembagaan British ialah rangka kerja kerajaan dan undang-undang Great Britain. Perlembagaan ini tidak dinyatakan dalam sebarang dokumen tetapi terdiri daripada beberapa piagam yang berasingan, akta parlimen, keputusan undang-undang, dan adat. Mengikut undang-undang, Parlimen ialah institusi yang paling tinggi kedudukannya dan ia boleh mengubah sebarang peruntukan perlembagaan. Tetapi, mengikut tradisi, terdapat beberapa perkara yang tidak dapat diubah oleh parlimen. Misalnya, rakyat dilindungi daripada sebarang pemenjaraan yang tidak sah berasaskan writ of habeas corpus , yang bertarikh dari tahun 1200-an (lihat Habeas corpus ). | UMUM | |
UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN, PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN ORANG-ORANG ISLAM 1900 | UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN, PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN ORANG-ORANG ISLAM 1900, peruntukan mengenai nikah cerai orang Islam yang diperkenalkan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Sistem pendaftaran yang tersusun dan teratur dalam hal nikah cerai yang melibatkan orang Islam di Malaysia hanya dapat dilihat dengan jelas setelah terdapatnya undang-undang yang memperuntukkan perkara berkenaan. Hal ini dapat dikesan sekitar tahun 1885 apabila suatu sistem pendaftaran berhubung dengan perkahwinan dan perceraian orang Islam telah mula diperkenalkan melalui “Registration of Muhammadan Marriages and Divorces Enactment 1885”. Enakmen ini kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan “Muhammadan Marriage and Divorce Registration Enactment 1900.” | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
AKTA PERTUBUHAN 1966 | Akta Pertubuhan 1966, undang-undang yang mengawal selia pertubuhan atau persatuan di Malaysia yang merangkumi peruntukan berkaitan dengan penubuhan, pentadbiran, perjalanan serta pembatalan pendaftaran. | UNDANG-UNDANG | Akta |
AKTA PILIHANRAYA 1958 | Akta Pilihan Raya 1958. Akta yang digubal pada tahun 1958 untuk membuat peruntukan berkaitan dengan pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri-Negeri. | UNDANG-UNDANG | Akta |
PERDANA MENTERI | Perdana menteri ialah ketua kerajaan. Ketua negara – raja atau permaisuri di negara pemerintahan beraja atau presiden di negara republik – melantik perdana menteri. Di kebanyakan negara, ketua negara hanya boleh melantik pemimpin parti yang mempunyai suara majoriti dalam badan perundangan atau kerajaan campuran. Perdana menteri dan kabinet bertanggungjawab kepada badan perundangan. Ini bermakna perdana menteri dan Kabinet patut meletakkan jawatan sekiranya badan perundangan menolak peruntukan utama dasar mereka. Sistem ini dikenali sebagai sistem kerajaan berkabinet (lihat Kabinet ). | UMUM | |
ORDINAN MAHKAMAH ANAK NEGERI | ORDINAN MAHKAMAH ANAK NEGERI, perundangan yang mengandungi peruntukan tentang pembentukan, bidang kuasa, keanggotaan dan tatacara kehakiman Mahkamah Anak Negeri di Sabah. Perundangan ini telah digubal dan diluluskan pada tahun 1953 pada masa pemerintahan British. | BUDAYA | Penerbitan |