PESAWAT PENGEBOM | Pesawat pengebom ialah kapal terbang tentera yang menyerang sasaran di darat dan di laut. Pesawat pengebom membawa bom, peluru berpandu, roket, mesingan, dan meriam. Tentera udara bagi hampir semua negara mempunyai pesawat pengebom, dan sesetengah perkhidmatan tentera laut dan marin juga mempunyai pesawat pengebom. | UMUM | |
PESAWAT PELUNCUR | Pesawat peluncur ialah motobot laju yang melayap di permukaan air, hampir-hampir sama seperti batu pipih yang meloncat di permukaan air apabila dilontar. Dasar pesawat peluncur dibentuk supaya badannya boleh terangkat apabila pesawat ini memecut, sehingga ia ‘melayang’ di atas permukaan air. Bentuk dasarnya membenarkan tekanan air mengangkat motobot itu dan mengawalnya supaya sentiasa berada di permukaan air selagi ia bergerak laju. Dengan alasan ini, dasarnya mestilah rata atau melengkung sedikit. Sesetengah pesawat peluncur hanya mempunyai dasar permukaan tunggal. Sesetengahnya pula mempunyai dua atau lebih bahagian dasar yang terpisah. | UMUM | |
KAPAL INDUK PESAWAT UDARA | Kapal induk pesawat udara ialah kapal yang digunakan sebagai pangkalan bergerak untuk kapal terbang. Dengan kuasa penyerang pesawat udaranya, kapal induk merupakan kapal perang permukaan yang paling kuat. | UMUM | |
AUTOGIRO | Autogiro ialah sejenis pesawat yang lebih berat daripada pesawat udara yang disokong di udara oleh sebuah rotor dan bukannya sayap yang terpasang tetap, sebagaimana yang terdapat pada kapal terbang. Kebanyakan autogiro mempunyai sayap pendek, kontot untuk perimbangan. Rotor autogiro berputar dengan sendirinya apabila ia melalui udara. Pesawat ini berbeza daripada helikopter, yang rotornya digerakkan oleh sebuah enjin. Tujuan utama enjin autogiro ialah menghasilkan tolakan yang menarik kenderaan itu meluncur di udara. | UMUM | |
ZEPPELIN, FERDINAND VON | Zeppelin, Ferdinand von (1838–1917) ialah perintis Jerman yang masyhur yang mencipta kenderaan yang lebih ringan di udara. Dia mencipta pesawat udara daripada beg gas, yang disokong oleh kerangka ringan di bahagian dalamnya. Pesawat udara ini dikuasai dan dikawal oleh enjin. | UMUM | |
KAPAL UDARA | Kapal udara lebih ringan daripada pesawat. Kapal udara mempunyai badan utama yang besar, yang mengandungi gas yang lebih ringan daripada udara | UMUM | |
ANGKASAWAN | Angkasawan ialah orang yang memandu pesawat angkasa atau orang yang bekerja di angkasa. Di Rusia dan bekas republik Soviet yang lain, orang seperti ini dinamakan kosmonaut. | UMUM | |
SYARIKAT PENERBANGAN | Syarikat penerbangan ialah sebuah organisasi yang mengendalikan pesawat udara yang membawa penumpang dan kargo. Anda boleh membeli tiket penerbangan, mengirim surat, bungkusan, atau kiriman dengan menggunakan kapal terbang milik syarikat penerbangan ke mana-mana tempat di dunia. | UMUM | |
SANTOS-DUMONT, ALBERTO | Santos-Dumont, Alberto (1873–1932) ialah perintis penerbangan untuk pesawat yang lebih ringan daripada udara dan juga lebih berat daripada udara. Dia menggunakan kekayaannya untuk memajukan penerbangan dan membantu pereka yang berbakat. | UMUM | |
MAKMAL PENDORONGAN JET | Makmal Pendorongan Jet (Jet Propulsion Laboratory) ialah pusat reka bentuk pesawat tanpa pemandu, dan pengawalannya di angkasa. Makmal ini dikendalikan oleh California Institute of Technology yang terletak di Pasadena, California, Amerika Syarikat. Ia melaksanakan tugas ini bagi pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan – National Aeronautics and Space Administration (NASA). | UMUM | |