Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peta-


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PETA

Peta ialah gambaran tentang bumi atau mana-mana

cakerawala lain yang dilukis atau dicetak.

Kebanyakan peta menunjukkan sebahagian atau

semua permukaan bumi. Tetapi, peta juga mungkin

menunjukkan planet lain, bulan atau kedudukan

bintang di angkasa. Kebanyakan peta adalah rata,

walaupun sesetengahnya mempunyai permukaan

timbul. Glob ialah peta dalam bentuk bola.

UMUM 
PETA KONTUR

Peta kontur lihat Peta (gambar).

UMUM 
UNJURAN PETAKaedah mentrasformasikan permukaan bumi ke satu permukaan rata berasaskan sistem susunan garisan lintang dan garisan bujur.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKaedah
PETA GEOLOGIPeta mengandungi pelbagai maklumat geologi dan digunakan oleh ahli geologi.GEOGRAFI DAN GEOLOGIAlat/Alatan
MERCATOR, GERARDUS

Mercator, Gerardus (1512–1594) ialah ahli

geografi Belanda Belgium yang menjadi pembuat

peta yang utama pada tahun 1500-an. Dia menjadi

terkenal kerana menghasilkan peta dunia pada

tahun 1569. Peta ini menunjukkan cara baru untuk

melihat dunia yang berbentuk bulat di atas

sekeping kertas leper. Kaedah ini dikenali sebagai

projeksi Mercator. Ia sangat sesuai untuk

pelayaran dan masih digunakan sehingga kini.

UMUM 
KARTOGRAFI

Kartografi, proses membuat peta. Kartografi menggambarkan secara grafik sesuatu kawasan geografi di atas permukaan yang rata seperti peta atau carta.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
ATLAS

Atlas ialah buku peta. Ia kadangkala termasuk

fakta dan angka tentang tempat. Istilah atlas boleh

juga digunakan untuk buku berjilid yang

menerangkan sebarang subjek dalam bentuk

berilustrasi atau berjadual.

UMUM 
TELUK GUINEA

Teluk Guinea lihat Afrika (peta fizikal).

UMUM 
TIMOR

Timor ialah pulau di Asia Tenggara. Untuk lokasi,

lihat Asia (peta politik). Timor meliputi keluasan

31 000 kilometer persegi dan jumlah penduduk

kira-kira 2 juta orang. Separuh bahagian barat

Timor adalah sebahagian daripada Indonesia

semenjak Indonesia diasaskan pada tahun 1949.

Separuh bahagian timur menjadi wilayah Portugal

pada tahun 1500-an. Pada tahun 1975, penduduk

Timor menuntut kemerdekaan daripada Portugal.

UMUM 
DINASTI YUAN

Dinasti Yuan lihat China (Pemerintahan Mongol,

peta).

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas