MOKHTAR PETAH | MOKHTAR PETAH (1934- ), penulis dan wartawan. Dia lahir pada 3 Julai 1934 di Kampung Ngor, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohd. Mokhtar bin Mohd. Petah. Dia pernah memakai nama samaran M. Pathy, Shabab Asmara atau Noor Iskandar. Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sauk, Kuala Kangsar hingga Darjah Lima (1941-1945). Kemudian Mokhtar melanjutkan pelajaran ke sekolah agama rakyat, Sekolah Agama Nurul Anwar, Lenggong, Perak, Madrasah Ihlaa, Padang Rengas, Perak dan Madrasah Dairat al-Ma’arif al-Wataniyyah, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Pada tahun 1960-an, dia mengikuti kursus perguruan Islam di Maahad el-Ehya Assharif, Gunung Semanggol, Perak. | SASTERA | Tokoh |
DEBS, EUGENE VICTOR | Debs, Eugene Victor (1855–1926) ialah jurucakap yang menarik dan petah bagi gerakan buruh Amerika dan pergerakan sosialisme | UMUM | |
DARROW, CLARENCE SEWARD | Darrow, Clarence Seward (1857–1938), peguam Amerika yang paling masyhur pada awal tahun 1900-an. Dia amat bijak dan petah, dan terkenal di seluruh dunia sebagai seorang peguambela dalam mempertahankan kes jenayah. | UMUM | |
SENI PIDATO | Seni pidato ialah seni kemahiran bercakap. Ia juga dikenali sebagai retorik . Pemidato ialah penutur yang cuba mempengaruhi pendengar dengan ucapan yang petah. Pemidato mengikut peraturan seni berpidato. | UMUM | |
MUTANABBIY, AL- | Mutanabbiy, al- (303 H.–354 H./915 M.–965 M.), penyair. Nama penuhnya ialah Abu al-Tayyib Ahmad ibn al-Husayn ibn al-Hasan ibn ‘Abd al- Samad al-Ja‘fiy al-Kindy. Tiada siapa yang mempertikaikan bahawa dia adalah penyair terkemuka pada abad keempat Hijrah. Garis keturunannya sampai kepada Kahlan di Yaman, iaitu satu kabilah Arab yang terkenal petah bercakap. | UMUM | |