Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kawasan yg baru dibuka utk didiami orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kawasan yg ditempati atau utk menempatkan sekumpulan orang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata petempatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AFRIKA SELATAN, PETEMPATAN (TANAH AIR)

Afrika Selatan, Petempatan (tanah air)

merupakan kawasan yang dikhaskan oleh kerajaan

Afrika Selatan dahulu untuk dijadikan perkampungan

bagi sesetengah kumpulan penduduknya.

UMUM 
SELKIRK, EARL OF

Selkirk, Earl of (1771–1820) ialah penjajah

Scotland yang telah membuka Kanada Barat untuk

petempatan pada awal tahun 1800-an. Dia telah

menubuhkan Tanah Jajahan Sungai Merah, iaitu

petempatan awal, kini dikenali sebagai Manitoba

(lihat Manitoba ).

UMUM 
PORT ARTHUR

Port Arthur (pend. 150) ialah bandar di

Tasmania, Australia dan pernah menjadi

petempatan para banduan yang dibuang daerah. Ia

terletak di Semenanjung Tasman, kira-kira 100

kilometer dari Hobart jika melalui jalan raya. Ramai

pelancong datang ke bandar ini untuk

menyaksikan tinggalan sejarah petempatan

banduan. Antara bangunan yang terdapat di sini

termasuklah sebuah gereja, sebuah rumah, sebuah

hospital, dan penjara contoh yang masih wujud. Sir

George Arthur ialah gabenor Tasmania yang

menubuhkan petempatan banduan.

UMUM 
DULWICH

Dulwich ialah petempatan di Southwark,

di selatan London, England. Dulwich College

merupakan sebuah sekolah swasta utama yang

ditubuhkan oleh Edward Alleyn, pelakon pada

tahun 1619.

UMUM 
TANAH JAJAHAN

Tanah jajahan ialah petempatan yang ditubuhkan

oleh sesuatu kumpulan penduduk di luar negara asal

mereka, tetapi tetap diperintah oleh tanah air mereka.

Tanah jajahan ditubuhkan dengan tujuan untuk

mencari lebih banyak kawasan yang dapat dijadikan

tempat tinggal agar dapat mengurangkan tekanan

kepadatan di tanah air mereka, untuk meningkatkan

perdagangan dengan mencari pasaran bagi barang-barang

buatan, untuk mendapatkan sumber bahan

mentah, untuk melindungi kepentingan ketenteraan,

dan untuk meningkatkan prestij negara ibunda.

Hampir separuh daripada negara anggota

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah bekas

tanah jajahan yang mendapat kemerdekaan sejak

Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 
KAMPUNG

Kampung ialah sekelompok kecil petempatan

yang mempunyai penduduk yang tergolong dalam

satu kumpulan, saling berkongsi ekonomi dan

sumber yang terdapat di sesuatu tempat.

UMUM 
TANAH JAJAHAN HUKUMAN

Tanah jajahan hukuman ialah petempatan di

luar sesebuah negara tempat negara tersebut

memenjarakan para banduan. Dari tahun 1500-an

hingga pertengahan tahun 1900-an, banyak negara

Eropah menggunakan tanah jajahan hukuman untuk

mengurangkan kesesakan di penjara dan untuk

membuang banduan ke tempat yang jauh. Kadang-kadang

banduan ini digunakan sebagai buruh untuk

membangunkan sumber alam sesebuah tanah

jajahan.

UMUM 
REBUS

Rebus ialah sejenis permainan perkataan. Dalam

permainan ini, petempatan atau saiz huruf,

nombor, atau perkataan menunjukkan nama, frasa,

atau perkataan lain.

UMUM 
SAINT AUGUSTINE

Saint Augustine, Florida (pend. 11 985), ialah

petempatan tetap yang tertua yang diwujudkan di

Amerika Syarikat oleh orang Eropah. Ia diasaskan

pada tahun 1565 oleh penjelajah Sepanyol, Pedro

Menendez de Aviles. St. Augustine terletak di

timur laut Florida berhampiran Lautan Atlantik.

UMUM 
MONTS, SIEUR DE

Monts, Sieur de (1560?–1630?), penjelajah dan

penjajah Perancis, yang menubuhkan petempatan

penduduk di wilayah Acadia Kanada. Dia

mempunyai minat dalam bidang perniagaan bulu

binatang, penemuan baru, dan pelayaran. Sieur de

Monts ialah rakan karib Raja Henry IV Perancis.

Henry IV melantik Monts menjadi leftenan jeneral

dan gabenor Acadia.

UMUM 
12345

Kembali ke atas