PETROLEUM | Petroleum adalah salah satu daripada sumber semula jadi yang paling berharga di dunia. Sesetengah orang menamakan petroleum emas hitam , tetapi lebih baik sekiranya ia diperikan sebagai nadi negara perindustrian. Bahan api yang dibuat daripada petroleum membekalkan kuasa kepada kereta, kapal terbang, kilang, kelengkapan ladang, trak, kereta api, dan kapal. Bahan api petroleum juga menjana haba dan tenaga elektrik untuk rumah dan premis perniagaan. Keseluruhannya, petroleum membekalkan hampir separuh daripada tenaga yang digunakan di dunia. | UMUM | |
GEOLOGI PETROLEUM | Kajian longgokan dan taburan longgokan petroleum yang wujud secara semula jadi di dalam batuan di kerak bumi. Tumpuan kajian ialah pada faktor geologi yang berperanan besar dalam mempengaruhi proses pembentukan dan longgokan petroleum di suatu tempat dalam kerak bumi. Oleh sebab kebanyakan longgokan petroleum ditemui dalam batuan sedimen, maka ilmu geologi petroleum banyak menyentuh tentang proses sedimentasi dan proses lain yang berkaitan | KEJURUTERAAN | Konsep |
GAS PETROLEUM CECAIR | Campuran gas yang terdiri daripada propana dan butana. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
GEOLOGI PETROLEUM | Geologi petroleum ialah ilmu geologi yang menerapkan ilmu tentang petroleum, untuk digunakan dalam kerja-kerja mencari gali dan mengeluarkan petroleum dari perut bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Disiplin Ilmu |
API (AMERICAN PETROLEUM SYSTEM) | Sebuah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat yang menyediakan satu forum kepada industri gas dan minyak supaya memenuhi kehendak polisi negara tersebut. | KEJURUTERAAN | Konsep |
LILIN MINERAL | Lilin mineral. Kebanyakan lilin berasal daripada petroleum. Pembuat menyejukkan dan menuras minyak petroleum dan kemudian menggunakan pelbagai proses kimia untuk memisahkan lilin daripadanya. Ada tiga jenis utama lilin petroleum: (1) lilin parafin, (2) lilin mikrohabluran, dan (3) petrolatum. Lilin ini berbeza dari segi warna, kekerasan, dan takat leburnya. | UMUM | |
PENJELAJAHAN PETROLEUM | Kaedah mencari takungan petroleum. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
KOK PETROLEUM | Kok petroleum ialah keluaran berguna yang didapati daripada penapisan minyak mentah. | UMUM | |
EKSPLORASI PETROLEUM | Kegiatan dalam usaha penemuan dan penambahan simpanan petroleum yang baru. Umumnya, usaha eksplorasi merupakan kegiatan penting atau nadi dalam industri …Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
ASAL USUL PETROLEUM | Teori yang cuba menerangkan tentang pembentukan petroleum di dalam kerak bumi. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |