TELEPRINTER SAHAM | Teleprinter saham ialah petunjuk elektronik yang menunjukkan pembelian dan penjualan stok dan saham. Ia selalunya terpapar di skrin video. Petunjuk ini mencatatkan setiap urus niaga termasuk nama syarikat yang menerbitkan saham, bilangan saham yang terlibat, dan saham yang dibeli atau dijual. | UMUM | |
DAKWAH ISLAM | Dakwah Islam ialah seruan ketuhanan yang berasaskan petunjuk daripada al-Qur’an, iaitu kalam Allah dan petunjuk rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW yang diikuti melalui sunnahnya dalam berdakwah. | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN TORAJA | ADAT PERKAHWINAN TORAJA, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Toraja di Sulawesi, Indonesia. Adat perkahwinan ini berdasarkan pandangan hidup mereka yang disebut ‘aluk-tudolo’ iaitu hidup sederhana sepadan dengan kemampuan dan petunjuk alam. Upacara adat perkahwinan (siala atau sipabaine) diadakan secara sederhana dan dalam waktu beberapa hari sahaja. Lazimnya, mereka mencari pasangan daripada golongan yang setaraf. Merisik | BUDAYA | Konsep |
SURAH LUQMAN | Surah Luqman ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-31 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 34 ayat. Surah ini dinamakan Luqman kerana mengandungi wasiat Luqman yang berhikmah, rahsia tentang Allah S.W.T. dan sifat-Nya, mencela kesyirikan, menyuruh berakhlak mulia dan menegah kekejian dan kemungkaran serta wasiat bernilai yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. tentang hikmah dan petunjuk. Diriwayatkan bahawa Al-Nadhar ibn al- Harith telah mempengaruhi penyanyi perempuan untuk menyesatkan orang mukmin, maka turun ayat tentangnya yang bermaksud: “... dan di kalangan daripada manusia ada orang yang membeli kata-kata kosong untuk menyesatkan orang lain daripada Allah S.W.T...”. (Surah al-Luqman 31:6) | UMUM | |
SURAH AL-INSHIRAH | Surah al-Inshirah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-94 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Inshirah (perihal melapangkan dada Nabi) kerana dalam ayat pertamanya Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Bukankah Kami telah lapangkan dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?” (Surah al-Inshirah 94:1) | UMUM | |
KOMPAS | Kompas ialah sejenis peranti yang digunakan untuk menentukan arah. Kompas yang paling ringkas ialah kompas yang mempunyai jarum bermagnet yang dipasang pada paksi dan dapat bergerak bebas menunjukkan arah. Jarumnya akan bergerak sejajar mengikut medan magnet bumi dan menunjuk ke arah utara magnet. Di bawah jarum ini terdapat kad kompas yang bersenggat sekata dengan petunjuk arah dan darjah mata angin. | UMUM | |
SABIL AL-MUHTADIN | SABIL AL-MUHTADIN, kitab fikah Islam berbahasa Melayu (Jawi), disusun oleh Syekh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama dari Kalimantan Selatan. Judul lengkap kitab ini ialah Sabil al-Muhtadin Littafaqquh fi Amra l-Din, yang bermaksud, jalan orang-orang yang memperoleh petunjuk Ilahi untuk memahami secara mendalam tentang urusan agama Islam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |