PH | pH ialah nombor yang digunakan oleh ahli sains untuk menunjukkan kepekatan ion hidrogen dalam larutan. Umumnya pH berbeza-beza dari 0 hingga 14. Pada 5 o C, pH kurang daripada 7 menunjukkan bahawa larutan adalah asid, manakala pH lebih daripada 7 menunjukkan bahawa larutan adalah bes (alkali). Larutan neutral, seperti air tulen, bukan asid atau bukan bes, mempunyai pH 7. Darah manusia mempunyai pH kira-kira 7.4. Huruf pH adalah bagi keupayaan hidrogen (potential of hidrogen). | UMUM | |
TITIK ISOELEKTRIK | Nilai pH sesuatu larutan yang menunjukkan molekul dalam larutan itu mempunyai cas bersih sifar. Pada pH ini, nilai cas positif dan negatif pada molekul tersebut adalah sama dan diberikan simbol pI. Nilai pH ini juga dikenali sebagai titik isoionik. Struktur molekul yang mempunyai cas bersih sifar ini dinamai bentuk zwiterion. Contoh lazim molekul yang mempunyai sifat ini ialah asid amino dan protein....untuk maklumat lanjut sila rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
THURSTONE, LOUIS LEON | Thurstone, Louis Leon (1877–1955), ahli psikologi Amerika, memainkan peranan utama dalam perkembangan ujian psikologi. Satu daripada kejayaannya yang penting ialah penciptaan kaedah statistik yang membolehkan pakar psikologi mengkaji sifat psikologi seseorang seperti kebolehan dan keperibadian. Dengan menggunakan kaedah ini terhadap hasil ujian kecerdasan, Thurstone menetapkan bahawa kecerdasan terdiri daripada beberapa kebolehan yang berlainan, antaranya bakat berfikir dan mengira. Thurstone lahir di Chicago. Dia memperoleh ijazah Ph.D. dalam bidang psikologi dari University of Chicago pada tahun 1917. | UMUM | |
MÖSSBAUER, RUDOLF LUDWIG | Mössbauer, Rudolf Ludwig (1929– ) ialah ahli fizik Jerman, yang berkongsi Hadiah Nobel tahun 1961 dalam bidang fizik kerana penyelidikannya tentang sinar gama. Dia menemui “Kesan Mössbauer”, iaitu kaedah menghasilkan sinar gama dengan jarak gelombang yang tepat dan boleh diramalkan. “Kesan Mössbauer” ini kemudiannya digunakan untuk mengesahkan ramalan yang dibuat oleh Albert Einstein dalam teori kerelatifannya. Mössbauer lahir di Munich dan menerima ijazah Ph.D. dari institut teknik di sana. Dia menjadi profesor fizik eksperiman di institut tersebut (kini dikenali sebagai Technical University of Munich) pada tahun 1964. | UMUM | |
MURSAL ESTEN | MURSAL ESTEN (1941- ), pengkaji dan pengkritik sastera Indonesia. Dia lahir pada 5 September 1941 di Solok, Sumatera Barat, Indonesia. Mursal mendapat pendidikan di Fakultan Keguruan Seni Sastra, Institut Keguruan Ilmu Pendidikan (FKSS-IKIP) Padang sehingga berjaya mendapat ijazah Sarjana Sastera dan mendapat ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang kesusasteraan di Universitas Indonesia (1990). | SASTERA | Tokoh |
PENGAJIAN MELAYU DI BELANDA | PENGAJIAN Melayu DI BELANDA, pusat pengajian bahasa Melayu. Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran di Universiti Leiden mulai tahun 1876, dalam rangka pengembangan pengajian bahasa, budaya dan sastera Indonesia. Pengembangan itu berkaitan langsung dengan peluasan dan pengintensifan pentadbiran Belanda di Hidia Belanda. Di samping bahasa Melayu, diajarkan juga bahasa Jawa, ilmu bangsa-bangsa Indonesia, sejarah Indonesia dan ilmu undang-undang Indonesia. Pada bahagian pertama abad ke-20, bidang pengajian Indonesia semakin berkembang. Pengkaji pertama untuk bahasa Melayu ialah J. Pijnappel (1877-1889), H.C. Klinkert (1890-1905), Ch.A. van Ophuysen (1904-1917), dan Ph.S. van Ronkel (1919-1940). Sebelum pengajian bahasa Asia, Universiti Leiden memberi penumpuan kepada bahasa Ibrani, Arab dan Parsi. Pada abad ke-19, Bahagian Sastera Timur Fakulti Sastera diperluas, mencukupi bahasa Sanskrit, kemudian bahasa Jepun. | BAHASA | Bahasa |
PANUTI SUDJIMAN | PANUTI SUDJIMAN (1931- ), penulis dan sarjana Indonesia. Dia Iahir pada 22 Mac 1931 di Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia. Dia berkelulusan Sekolah Dasar (SD) (1944), Sekolah Menengah Pertama (SMP) (1947), Sekolah Guru Atas (SGA) (1951), ijazah Sarjana Sastra dari Fakultas Sastra, Universitas Indonesia (1959), dan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Bahasa dan Sastera Indonesia dari Australian National University, Canberra, Australia dengan tesis yang bertajuk "Adat Raja-Raja Melayu: A Critical Edition Together with a Commentary on Court Ceremonials Described" pada tahun 1980. | SASTERA | Tokoh |
ZURAINA MAJID, DATO' | ZURAINA MAJID, Dato’ (1944- ), ahli arkeologi. Dia lahir pada 5 Oktober 1944 di Kuala Lumpur. Nama sebenarnya ialah Siti Zuraina binti Abdul Majid. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Baru dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Selepas itu dia melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dan lulus ijazah Sarjana muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Pengajian Cina pada tahun 1967. Zuraina menyambung pelajaran pada peringkat sarjana di Cambridge University, United Kingdom dan memperoleh M.A. dalam Oriental Studies pada tahun 1971. pada tahun 1978, dia memperoleh Ph.D dalam bidang antropologi dari Yale University, Amerika Syarikat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |