| PHOENIX | Phoenix (pend. 983 403; pend. kaw. met. 2 112 101) ialah ibu negeri dan bandar terbesar Arizona . Ia adalah pusat peranginan utama dan turut dikenali sebagai tempat membuat peralatan komputer dan elektronik. Bandar ini terletak di Lembah Sungai Salt, sebuah kawasan tanah rata yang dikelilingi gunung rendah. Phoenix diasaskan pada tahun 1870. | UMUM | |
| ARIZONA | Arizona ialah negeri di Barat Daya Amerika Syarikat. Iklim gurun yang panas dan kering menarik perhatian ramai orang. Lebih daripada setengah penduduknya tinggal di Phoenix, ibu negeri dan bandar terbesar di Arizona. Tanah rizab Orang Asli Amerika meliputi kira-kira suku daripada tanah Arizona. Sesetengah Orang Asli Amerika tinggal dalam komuniti yang dibina melebihi 800 tahun dahulu. Ramai orang Amerika keturunan Mexico juga tinggal di Arizona. Pengaruh mereka adalah ketara pada adat resam, makanan, dan nama tempat. | UMUM | |
| KIRIBATI | Kiribati ialah negara kecil yang terdiri daripada 33 pulau di tengah Lautan Pasifik. Ia terdiri daripada tiga gugusan pulau: Kepulauan Gilbert (16 buah pulau) dan Banaba (dahulunya dikenali sebagai Pulau Ocean), Kepulauan Phoenix (lapan buah pulau), dan Kepulauan Line (lapan buah pulau). Pulau-pulau ini terletak di kedua-dua belah Khatulistiwa, dan bertaburan dalam satu kawasan seluas lima juta kilometer persegi di Lautan Pasifik. | UMUM | |