Kesatuan sekerja ialah organisasi pekerja yang mencuba untuk memperbaiki gaji ahlinya dan keadaan bekerja mereka. Mereka melakukannya melalui perundingan dengan wakil-wakil majikan dalam prosedur yang dikenali sebagai perundingan kolektif. Kesatuan juga memperjuangkan hal berkaitan dengan kesihatan, piawaian keselamatan, dan latihan- latihan kemahiran, di samping mencari faedah lain kepada ahlinya seperti potongan harga barangan dan memperuntukkan kemudahan pusat jagaan bagi ibu-ibu bekerja. Penubuhan kesatuan sekerja serta pengambilan ahli baharu, sah di sisi undang-undang kebanyakan negara. Walau bagaimanapun, di negara-negara yang mengamalkan demokrasi, aktiviti yang dijalankan, tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan. Di beberapa buah negara seperti Kesatuan Soviet, kesatuan sekerja bebas biasanya tidak dibenarkan. |