PIGMEN | Pigmen ialah sejenis bahan berwarna dalam bentuk serbuk, yang memberikan warna kepada bahan lain. Ini dilakukan dengan mencampurkannya dengan bahan itu atau menyapu satu lapisan nipis pada permukaan bahan itu. Pigmen tidak larut tetapi kekal terampai dalam cecair apabila ia dicampurkan atau dikisar dalam cecair untuk membentuk cat. Bahan berwarna yang larut dalam cecair dan memberikan kesan warnanya dinamakan pencelup. Pelbagai kaedah mengecat berbeza daripada satu sama lain pada bahan yang disapu dengan warna tersebut. Tetapi pigmen yang digunakan adalah sama dalam semua jenis. | UMUM | |
KLOROFIL | Klorofil ialah pigmen hijau pada tumbuh-tumbuhan yang menyerap tenaga cahaya untuk digunakan dalam fotosintesis. Klorofil juga terdapat pada organisma mudah yang dinamakan alga dan pada sesetengah bakteria. | UMUM | |
OKER | Oker ialah sejenis tanah yang dikisar menjadi serbuk halus dan digunakan sebagai pigmen bagi minyak linsid atau beberapa jenis minyak lain untuk membentuk cat lukisan. Warnanya pelbagai, daripada kuning pucat kepada merah kecoklatan. Sesetengah oker berwarna kuning berubah menjadi merah apabila dipanaskan. Oker terdiri daripada oksida besi yang dicampur dengan tanah liat dan pasir. | UMUM | |
ARANG | Arang ialah bahan berwarna hitam, yang rapuh dan mempunyai banyak kegunaan. contohnya, arang digunakan dalam pigmen (bahan pewarna); dalam penapis untuk menghilangkan warna, rasa dan bau yang tidak dikehendaki; sebagai bahan bakar; dan sebagai alat melukis. | UMUM | |
TAHI LALAT | Tahi lalat ialah ketumbuhan berwarna pada kulit. Tahi lalat terdiri daripada sel yang mengandungi melanin, iaitu pigmen gelap. Tahi lalat mungkin wujud sejak lahir dan lazimnya dikenali sebagai tanda lahir. Walau bagaimanapun, kebanyakan tahi lalat mula muncul semasa kanak-kanak atau dewasa. Tahi lalat mungkin terdapat di mana-mana bahagian tubuh. Ia berbeza-beza dari segi saiznya dan mungkin rata atau timbul. Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda kepada hitam. Kebanyakan tahi lalat kecil dan tidak berubah. Sesetengah tahi lalat mempunyai bulu hitam yang panjang. | UMUM | |
KROM | Krom ialah nama yang diberi kepada beberapa bahan yang digunakan sebagai pigmen dalam cat. | UMUM | |
SAPROFIT | Saprofit ialah benda hidup yang mendapat makanannya daripada sisa organisma yang mati. Kebanyakan saprofit sama ada kulat seperti cendawan, dan kulapuk – atau bakteria. Organisma ini tidak mempunyai klorofil, iaitu pigmen hijau yang membolehkan tumbuhan membuat makanannya melalui fotosintesis (lihat Fotosintesis ). Saprofit menghadam tisu mati untuk tenaga yang diperlukan untuk hidup dan membiak. Proses ini biasanya menggunakan karbohidrat untuk menghasilkan karbon dioksida dan air. Saprofit juga boleh menghadam protein, lemak atau bahan-bahan lain yang dibuat oleh benda hidup dan menguraikannya menjadi sebatian yang lebih ringkas. | UMUM | |
KLOROPLAS | Kloroplas ialah struktur terkhusus di dalam sel tumbuhan. Ia menjadi tempat berlakunya fotosintesis. Kloroplas mengandungi klorofil, pigmen hijau yang menyerap tenaga dari cahaya matahari untuk digunakan dalam fotosintesis. | UMUM | |
DEMAM KUNING | Demam kuning ialah penyakit virus yang dibawa oleh nyamuk tertentu. Virus ini merosakkan banyak tisu badan, khususnya hati dan ginjal. Akibat kerosakan ini, pembuangan air kencing berkurangan, hati tidak dapat berfungsi dengan baik dan pigmen hempedu kuning berkumpul dalam kulit. | UMUM | |
ALBINO | Albino ialah penyakit yang dialami terutama oleh manusia dan haiwan disebabkan oleh kekurangan pigmen melenin pada kulit dan rambut (bulu). | PERUBATAN | Penyakit |