Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pik.to.graf] | ڤيکتوݢرف

Definisi : 1. (Lin) tanda atau lambang yg me­wakili kata atau kata-kata spt dlm tulisan Cina; 2. pernyataan statistik, data dsb secara ber­gambar atau berlambang mengenai sesuatu perkara pd graf, carta dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pik.to.graf] | ڤيکتوݢرف

Definisi : tulisan bergambar (tidak berabjad). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piktograf


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIKTOGRAF

Piktograf ialah tulisan dalam bentuk gambar.

Sebelum perkembangan abjad, ramai orang purba

menyampaikan mesej mereka melalui piktograf.

Orang Mesir mengukir atau mengecat piktograf

pada makam dan tugu. Tulisan bergambar juga

merupakan kaedah komunikasi bagi kaum Aztek

dan juga masyarakat Orang Asli Amerika.

Terdapat dua jenis piktograf, iaitu piktograf yang

mewakili objek seperti lukisan bulan, dan piktograf

yang mewakili idea seperti lukisan seorang kanak-

kanak sedang memegang buku, yang mewakili

seorang pelajar. Piktograf moden menggunakan

gambar dan perkataan untuk menerangkan sesuatu

cerita dengan lebih baik berbanding dengan

penggunaan perkataan semata-mata.

UMUM 

Kembali ke atas