Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piliang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOTO PILIANG

KOTO PILIANG,  nama suku dan salah satu daripada  dua laras atau tradisi politik Minangkabau. Organisasi genealogis terpenting daripada masyarakat Minangkabau, yang matrilineal dengan sistem perkahwinan yang matrilokal itu, ialah suku, yang diketuai oleh seorang atau lebih penghulu adat. Orang Minangkabau yang tidak mempunyai suku, bererti orang yang telah dikeluarkan daripada komuniti adatnya. Koto dan Piliang ialah dua daripada nama suku yang dianggap tertua.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAdat
LARAS

LARAS, pembahagian Minangkabau menurut dua tradisi politik atau fratri dasar menukar adat. Menurut tradisi adat, Minangkabau disebut juga sebagai daerah ‘Laras yang Dua, Luak Yang Tiga’. Laras yang dua itu ialah Bodi Caniago dan Koto Piliang, manakala luak yang tiga itu ialah Agam, Limapuluh Kota dan Tanah Datar. Jika luak ialah pembahagian kawasan menurut adat, laras pula ialah perbezaan dua tradisi politik negeri. Walaupun negeri-negeri daripada kedua-dua laras tersebut terdapat di ketiga-tiga luak, namun secara ideal, Agam dianggap sebagai wilayah Bodi Caniago, Limapuluh Kota, dan Koto Piliang, manakala Tanah Datar mewakili kedua-duanya. Dengan maksud lain, Tanah Datar ialah luak tempat kedudukan ‘Raja Tiga Sila’ iaitu Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat, dan ‘Besar Empat Balai’ iaitu Bendahara, Machudum, Tuan Kadhi dan Indomo. Kesemuanya merupakan unsur integratif. Dalam konsep adat Minangkabau, Bodi Caniago dan Koto Piliang merupakan dua unsur daripada alam Minangkabau yang tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya bersifat saling melengkapi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAdat
BODI CANIAGOBODI CANIAGO,  nama suku matrilineal dan salah satu daripada dua laras atau tradisi politik Minangkabau.  Organisasi sosial tradisional Minangkabau yang terpenting ialah suku, yang bersifat geneaologis.  Setiap negeri iaitu perkampungan yang merupakan sebuah kesatuan komuniti adat terdiri daripada beberapa suku.  Menurut tradisi Minangkabau, ada empat suku yang asli, iaitu Bodi, Caniago, Koto dan Piliang.  Sebuah suku diketuai oleh seorang atau lebih penghulu adat.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangsa/Suku/Kaum
LIMAPULUH KOTO

LIMAPULUH KOTO, salah satu daerah inti kebudayaan Minangkabau atau disebut juga Luak nan Tigo iaitu Agam di sekitar kota Bukittinggi, Tanah Datar di sekitar kota Batu Sangkar dan Limapuluh Koto  di sekitar kota Payahkumbuh. Pada masa pemerintahan Belanda, Luak nan Tigo, termasuk Limapuluh Koto disebut padangsche bovenlanden, iaitu daerah yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Sebagai daerah inti kebudayaan Minangkabau, penduduk Limapuluh Koto mengamalkan sistem adat Koto Piliang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas