Miki, Takeo (1907–1988), berkhidmat sebagai Perdana Menteri Jepun dari bulan Disember 1974 hingga bulan Disember 1976. Miki juga mengetuai Parti Liberal-Demokratik Jepun. Dia meletakkan jawatan selepas pilihan raya pada tahun 1976. Dalam pilihan raya tersebut, Parti Liberal- Demokratik hanya dapat mengekalkan kuasa di Diet (Parlimen), tetapi dengan jurang kemenangan yang lebih kecil daripada pilihan raya yang terdahulu. Sebelum dan semasa tempoh Miki memegang jawatan, beberapa ahli Parti Liberal-Demokratikbukan Miki-dituduh mengamalkan rasuah. Tuduhan ini turut menjadi salah satu sebab kemerosotan parti tersebut. |