PERISTIWA 13 MEI | Peristiwa 13 Mei ialah peristiwa rusuhan kaum yang berlaku di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969. Peristiwa ini berlaku akibat sentimen perkauman yang ketara dalam politik Malaysia, iaitu selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum 1969 yang diadakan pada 10 Mei 1969, setelah Parti Perikatan memperoleh undi yang kurang berbanding pilihan raya sebelumnya. | UMUM | |
JEMAAH MENTERI | JEMAAH MENTERI, badan yang menjalankan kuasa eksekutif pentadbiran negara. Proses pembentukan Jemaah Menteri atau Kabinet bermula selepas pilihan raya umum, iaitu ketua parti yang mendapat kedudukan majoriti dalam Parlimen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri. Perdana Menteri kemudiannya menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melantik menteri yang bertanggungjawab memegang portfolia dan juga menganggotai Jemaah Menteri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PILIHAN RAYA | Pilihan raya ialah proses orang ramai memilih calon atau pemimpin pilihan mereka. Pilihan raya diadakan untuk memilih pemimpin dalam pelbagai organisasi. Contohnya, persatuan kemasyarakatan, kesatuan perdagangan, kelab sukan dan sosial, kerajaan dan pelbagai pertubuhan dan institusi awam dan persendirian. | UMUM | |
THATCHER, MARGARET | Thatcher, Margaret (1925 – ), Perdana Menteri United Kingdom dari tahun 1979 hingga tahun 1990. Pada tahun 1991, dia dinaikkan ke taraf bangsawan dengan gelaran Baroness Thatcher. Thatcher merupakan wanita pertama memegang jawatan perdana menteri, dan berkhidmat lebih lama sebagai perdana menteri berbanding dengan mana-mana orang British tahun 1900-an. Thatcher dilantik menjadi ketua Parti Konservatif pada tahun 1975. Dia menjadi perdana menteri setelah partinya mengalahkan Parti Buruh dalam pilihan raya umum pada bulan Mei 1979. | UMUM | |
RICHMOND UPON THAMES | Richmond upon Thames (pend. 154 600) ialah kawasan pilihan raya bandaran dalam kawasan Greater London, England. Ia meliputi bekas kawasan pilihan raya bandaran Barnes, Richmond, dan Twickenham. | UMUM | |
MIKI, TAKEO | Miki, Takeo (1907–1988), berkhidmat sebagai Perdana Menteri Jepun dari bulan Disember 1974 hingga bulan Disember 1976. Miki juga mengetuai Parti Liberal-Demokratik Jepun. Dia meletakkan jawatan selepas pilihan raya pada tahun 1976. Dalam pilihan raya tersebut, Parti Liberal- Demokratik hanya dapat mengekalkan kuasa di Diet (Parlimen), tetapi dengan jurang kemenangan yang lebih kecil daripada pilihan raya yang terdahulu. Sebelum dan semasa tempoh Miki memegang jawatan, beberapa ahli Parti Liberal-Demokratikbukan Miki-dituduh mengamalkan rasuah. Tuduhan ini turut menjadi salah satu sebab kemerosotan parti tersebut. | UMUM | |
MERIDIAN GREENWICH | Meridian Greenwich ialah garisan utara-selatan yang merentasi Greenwich, sebuah kawasan pilihan raya bandaran (borough) London, pada peta bumi. Meridian Greenwich sering dikenali sebagai meridian perdana. Ia ditandai oleh 0°garisan bujur, dan semua meridian garisan bujur yang lain dinomborkan timur atau barat meridian ini. | UMUM | |
RABIN, YITZHAK | Rabin, Yitzhak (1922–1995) ialah Perdana Menteri Israel yang dilantik pada tahun 1992. Sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri bagi sesi pilihan raya pada tahun 1974–1977, dia adalah Ketua Turus Angkatan Tentera Israel. | UMUM | |
BRENT | Brent (pend. 226 100) ialah kawasan pilihan raya bandaran di Greater London. Ia terdiri daripada Wembley dan Willesden, yang dahulunya ditadbir sebagai sebahagian daripada Middlesex. | UMUM | |
AFRIKA SELATAN, KERAJAAN. | Afrika Selatan, Kerajaan. Afrika Selatan ialah sebuah republik berparlimen. Parlimen Afrika Selatan terbentuk pada bulan April 1994, selepas Afrika Selatan mengadakan pilihan raya umumnya yang pertama. Ketika itu semua orang dewasa boleh mengundi. Anggota parlimen memilih presiden yang akan menjadi ketua kerajaan , menguasai penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan. Presiden juga ialah ketua negara , yang bertindak sebagai wakil rasmi negara dan melaksanakan tugas-tugas istiadat. | UMUM | |